Mymobilecash’s Blog

sumber informasi perniagaan internet anda..

Teknik Promosi Menggunakan Blog, Anda tahu? Bagaimana?

Tips by solehpolysas (Forum Prepaid4u)

Kaedah mempromosikan menggunakan blog.
Sekarang ni memang dah ramai yang tau membuat blog. Itu tidak perlu dikatakan lagi.
Tetapi yang saya ingin tekankan disini adalah pengguaan blog sebagai medium promosi bisnes anda.

Okey, jika kita ada blog, tidak kiralah bisnes atau peribadi, saya paling tidak suka jika blog tersebut asik menceritakan mengenai bisnes sahaja (promosi xhabis-habis)..

Didalam blog ini sebenarnya kita hendak berkongsi ilmu, meluahkan perasaan, berikan pendapat dan sebagainya. Disamping kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat ini, barulah kita promosikan sedikit demi sedikit tentang bisnes kita.

Sebagai contoh, anda mahu mempromosikan tentang prepaid (mymode).
Cuba anda buat 1 blog, tentang apa sahaja yang sedang hangat sekarang ini.
sebagai contoh isu politik. Didalam blog anda, anda ceritalah tentang politik ini..
biar panas sikit blog anda tu.. Meletop lagi bagus..

Apabila dah banyak bercerita mengenai isu panas ni,
anda selitkanlah dengan sedikit iklan mengenai bisnes anda.
bukankah ini lebih baik..

okey tengok contoh xbaik ni pulak, (bukan xbaik, tp xberkesan)
anda buat blog, kemudian didalam blog anda itu hanya menceritakan kelebihan mymode,
untung anda, dan sebagainya mengenai bisnes anda.

okey, fikirkan sejenak,
adakah ramai yang akan datang ke blog anda?
jika mereka datang, mereka mencari apa di blog anda?

Untuk pengetahuan anda semua, pelawat datang bukan nak join bisnes anda.. lebih-lebih lagi anda promosi secara online, mereka boleh percayakan anda ker? Mereka tidak kenal anda langsung..
Jadi jangan buat sebegini..

Cara terbaiknya anda bina kredibiliti anda dahulu, buat orang percaya kepada anda dan selepas mereka percaya kepada anda, anda mempunyai kuasa besar untuk membuat sebarang promosi bisnes dan sebagainya.

itu sahaja buat masa ini.. harap membantu..

Teknik Promosi Menggunakan blog Masih belum cukup jika kita sekadar membuat blog.

Selepas kita tarik traffik yang banyak, saya rasa 1 perkara lagi perlu dilakukan dan sy rasa ianya lebih berkesan kerana yang datang ini betul-betul prospek anda.

Teknik SEO pada blog harus dititik beratkan supaya anda akan mendapat prospek yang lebih berkualiti.

Okey kaedahnya seperti ini,
anda bayangkan jika blog anda adalah mengenai Jual prepaid.
Jadi anda kuatkan SEO blog anda dengan Jual Prepaid.
Jika ada orang yang mencari di google search mengenai jual prepaid dan blog anda tersenarai di page pertama maka ini satu kelebihan kepada anda.

Sudah tentu orang yang mencari menggunakan keyword jual prepaid tadi memang ingin menjual prepaid kan?
so sudah tentu dia akan menjadi prospek anda yang berkualiti. Tinggal ayat anda sahaja untuk menarik prospek tersebut supaya sertai anda sepenuhnya.

Itulah serba sedikit teknik blog dan perlu digabungkan dengan Ilmu SEO.
Mengenai ilmu SEO ini, saya pun baru sahaja belajar dan masih dalam proses try and error.
Jika mahu mendapatkan panduan SEO, sy akan cuba rekemenkan yang terbaik nanti..

Tips by me..

Teknik Promosi menggunakan Blog nih tak semestinyer kita perlu mempunyai Blog (kalau ada lagi baguslah). Jika kita tiada Blog sendiri, kita masih boleh mempromosi menggunakan Blog. Caranya adalah dengan memberi komen pada Blog.

Kebanyakan Blog ada menyediakan ruangan Komen yang membolehkan Blogger berinteraksi dengan pengunjungnya. Kebiasaannya kita kena beri Nama, Email & URL Website jika ingin memberi komen. Contohnya..

Nama : MYeCASH_Agent
Email : email_anda@yahoo.com
Website : prepaid4u.net/?id=eiz1004
Komen : ……..(tulis ler apa komen kita berkenaan tajuk yang diperbincangkan)…

Tapi perlu diingat, jangan SPAM Blog orang dengan iklan2 anda jika tak mahu komen anda tuh nanti di’delete’ atau di’banned’ oleh tuan rumah.

Nak komen biarlah yang berkaitan dan membina. Jika komen kita tu bagus, pengunjung yang membaca komen kita pasti nak kenal siapa kita & ini sekaligus menarik minat mereka untuk klik nama kita yang seterusnya akan membawa mereka ke web Replika kita.

Selamat Mencuba!

**Nak guna Teknik Komen di Blog nih, seeloknya cari Blog yang mempunyai Traffic (pengunjung) tinggi dan ramai. Janji komen mesti menarik & ayat POWER.hehe!

Tips by solehpolysas (Forum Prepaid4u)

selain daripada komen di blog yg banyak traffik, kita jugak boleh komen di shoutbox/shoutmix yang ada di blog mereka. Mengikut beberapa kajian, orang yang suka promosi ini lebih suka promosi di shoutmix/shoutbox.

dan mengikut pengalaman, tidak ramai yang tahu cara untuk ban/delete komen yang ada di shoutbox/shoutmix mereka. so ini la peluang untuk promosi..
tetapi jagalah etika ketika memberikan komen.

cukup sekadar meletakkan link pada nama, pasti ada yang click..

3 Julai 2009 - Posted by | Cara Promosi, Forum, MyMode MYeCASH Prepaid4u, Tips | , , , , , , , ,

2 Komen »

  1. yaa betul..saya sokong pendapat tersebut…

    Komen oleh manisnya bertudung | 23 April 2010 | Balas

  2. salam..
    sy suka dgn cara2 yg fauzie terangkan kat atas tu..
    btw.. sy guna blog tu utk bisnes cake dan catitan ttg order yg sy terima..hmmm sy masi baru sangat pasal blog ni.. blog tu pun br buat..hehe..
    pertanyan sy simpel je.. mcamana nak letak link kat nama kita masa kita tulis kat shoutmix/box org lain????biar org bole click nama kita n trus ke blog kita..
    sy dah pake 2 widget tu.. skrg pakai cbox.. tu pun tak le..

    tq ye..

    Komen oleh tina | 13 Mei 2010 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: