Mymobilecash’s Blog

sumber informasi perniagaan internet anda..

Antara kaedah membuat promosi cara konvensional

Tips by Bro Eddie (Founder Prepaid4u)

Tulisan dibawah bukanlah tulisan saya. Saya copy dari email seorang insan kepada saya. Cuma email beliau mengajak saya menyertai Skim Piramid. Heheheh. Jadi saya edit sedikit kontennya supaya berkaitan dengan MyMode. Secara lazimnya strategi beliau agak bagus untuk dipraktikkan oleh kita bagi mengembangkan MyMode ini terutama kepada agent yang melakukan secara Offline.

Sekarang saya anda ajar anda bagaimana saya sendiri melakukannya.

1. Saya berikan risalah ini (pamplet yg di download dari STARTERKIT Prepaid4u) kepada adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran dan kawan-kawan saya. (anda boleh email kepada mereka juga).

2. Saya ambil alamat di dalam buku panduan telefon, tapi sekarang saya ambil terus dari yellow pages di internet, copy & paste ke dalam notepad kemudian print, potong dan tampal ke envelope. Ada berjuta-juta alamat di buku panduan telefon.
3. Saya gunakan internet. Saya hantar email. Risalah ini saya taip menggunakan Microsoft Word dan kemudian saya copy & pastekan ke dalam email saya. Saya hantar ke yahoogroups & googlegroups. Saya juga buat blog. Saya copy & pastekan ke dalam blog saya kemudian saya buat iklan di tapak iklan percuma seperti di iklaniaga,cari,iklan101 dll.

4. Ini ialah teknik yang paling BERKESAN. Saya sendiri lebih fokus kepada teknik ini iaitu, selitkan risalah ini di dalam Harian Metro. Anda kena pergi ke Agensi yang membekalkan suratkhabar kepada kedai-kedai. Caranya, anda tanya kepada kedai suratkhabar atau orang yang hantar suratkhabar bermotor dari mana mereka dapatkan bekalan. Kemudian mereka pasti akan memberitahu di mana alamat agensi tersebut. Anda pergi ke agensi tersebut dan tanya kepada mereka bagaimana cara anda mahu selitkan kertas risalah ke dalam suratkhabar. Jika mereka tidak melakukannya anda tanya di mana agensi yang melakukannya. Jika mereka melakukannya pasti mereka akan memberitahu anda caj untuk sekeping risalah tersebut. Kebiasaannya caj untuk sekeping risalah ialah di antara 3-5sen. Mula-mula dahulu saya hanya menghantar 1000 keping sahaja. Menakjubkan, dalam masa 3 minggu wang saya meningkat sehingga RM2,000. Saya galakkan anda guna kaedah ini.

5. Sebarkan ke tempat yang ramai orang. Pada hari Sabtu & Ahad,saya cari 3-4 orang budak dan bawa mereka ke tempat yang ramai orang seperti Zoo Melaka,Pantai Tg.Bidara atau ke tempat-tempat yang ada acara seperti konsert,sukan,pasar malam dan sebagainya. Saya beri mereka upah seorang RM30 dan setiap orang saya berikan 500 risalah yang mana mereka akan mengedarkannya kepada orang ramai atau menyelitkannya di wiper kereta. Bila habis risalah tersebut kami pulang.

6. Saya pergi ke flet-flet. Di bawah kolong flet pasti ada peti surat. Saya masukkan risalah ini ke dalam semua peti surat tersebut. Biasanya saya buat kerja ini dalam pukul 10 pagi kerana orang tak ramai lalu lalang.

Jika anda mengikut ke semua cara saya di atas anda pasti akan mendapat pulangan yang cukup lumayan. Adalah satu perkara yang sangat pelik jika anda gagal mendapat pulangan sekiranya anda ikuti semua cara saya di atas.

PERHATIAN: Punca mengapa apabila anda lakukan tetapi anda GAGAL!!

1. Anda sebarkan kepada sedikit orang sahaja tetapi anda berharap mendapat feedback yg bagus. Anda sebar kepada 10 orang sahaja dan esoknya anda terus harap ada 10 orang join bawah group anda, bila takde, anda mula rasa payah, dan mengatakan mustahil untuk berjaya dalam MyMode. Anda melakukan satu kesilapan besar. Anda tidak berusaha bersungguh-sungguh, ini bukan judi nombor ekor,bet RM1 malam tengok keputusan..

2. Anda kena sebarkan sebanyak mungkin, jika boleh tiap-tiap minggu anda sebarkan kepada 1000-10,000 orang. Ikut cara yang saya ajar. Kemudian yang paling penting, setiap panggilan handphone perlu dijawab dengan penuh profesional. Jangan pulak takut nak jawab panggilan, malas nak reply sms dan sebagainya. Terangkan tentang marketing plan MyMode dengan sebaik mungkin. Lihat keputusannya selepas sebulan anda buat promosi-promosi tadi dan jangan mudah putus asa. Biarkan risalah anda itu tersebar dahulu, orang baca dan buat keputusan. Kebiasaannya orang tidak akan sertai serta-merta, ada yang sertai esoknya, ada yang sertai lepas 2-3 hari, ada yang sertai tunggu gaji hujung bulan dan macam-macam lagi. Anda kena beri masa untuk projek ini bergerak secara senyap. Jika minggu pertama anda sebar 1000 risalah, minggu kedua 1000 lagi dan minggu ketiga 1000 lagi maka pada minggu ke empat sudah pasti ada ramai orang yg terima risalah anda pada minggu pertama telah sertai anda. Baru anda boleh lihat keputusannya.

3 Julai 2009 - Posted by | Cara Promosi, Forum, MyMode MYeCASH Prepaid4u, Tips | , , , , , ,

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: