Mymobilecash’s Blog

sumber informasi perniagaan internet anda..

Tips : Kisah Strategi Pemasaran Yang Email Bijak

Hari ini saya ada satu cerita menarik yang ingin saya saya kongsikan bersama anda tentang Strategi Pemasaran Email yang bijak.

Sebelum saya bercerita, izinkan saya mewar-warkan tentang sebuah Laporan Percuma tentang Kuasa Pemasaran Email ini kepada anda:

Download Laporan Percuma Kuasa Pemasaran Email? Klik Sini.

Baiklah, cerita ini adalah berkenaan 2 orang sahabat yang bernama Nabil dan Irma (kedua-duanya bukan nama sebenar) yang sedang hangat mengumpul senarai email bagi mempromosikan produk kurus mereka dengan mengedarkan laporan percuma mereka kepada orang ramai.

Nabil telah berjaya mengumpulkan 2,000 senarai email melalui laporan percuma tentang cara-cara menguruskan badan yang diedarkannya kepada orang ramai dalam masa sebulan.

Irma pula telah berjaya mengumpulkan 5,000 senarai email melalui laporan percumanya tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan juga dalam tempoh tersebut.

Tiba pada hari pelancaran produk kurus mereka pada tarikh yang sama, Nabil nyata lebih berjaya dan popular dengan jualan produk kurusnya berbanding Irma walaupun senarai yang dikumpulnya kurang 3000 berbanding Irma.

Mengapa ini berlaku?

Nyata sekali laporan yang Nabil berikan tepat mengikut niche produknya dan senarai email yang dikumpulnya walaupun tidak sebanyak Irma, lebih berkualiti kerana lebih spesifik dan sudah pasti senarai email yang dimilikinya terdapat 90% daripada mereka yang mempunyai keinginan untuk kurus berbanding senarai email yang Irma miliki yang ternyata begitu umum.

Kesimpulannya di sini ialah untuk memiliki senarai email daripada kelompok yang anda sasarkan, silalah berikan produk percuma yang berkaitan dengan niche yang anda sasarkan tersebut. Biarlah senarai email yang anda kumpul itu tidak besar, asalkan ianya berkualiti.

Itu saja, cerita untuk kali ini, dan jangan lupa untuk mendapatkan Laporan Percuma Kuasa Pemasaran Email ini:
Download Laporan Percuma Kuasa Pemasaran Email? Klik Sini.

 

Sekian, Salam Hormat.

11 Jun 2009 - Posted by | Cara Promosi, Email Marketing, Internet Marketing Tools, Tips | , , , , ,

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: