Mymobilecash’s Blog

sumber informasi perniagaan internet anda..

Teknik Pemasaran Menggunakan Forum

Pernahkah anda berForum? Mungkin anda pernah..tapi pernahkah anda menggunakan Forum seperti Forum Prepaid4u atau forum-forum lain sebagai tempat pemasaran dan sebagai tempat untuk anda membina kredibiliti?

Forum adalah satu tempat perbincangan sesuatu perkara. Ianya juga boleh dipanggil komuniti di mana berkumpulnya ramai orang sehingga membentuk suatu komuniti atau kumpulan.

Penggunaan Forum pada asasnya adalah tempat untuk berbincang sesuatu topik tertentu, berkenalan dan bertukar-tukar maklumat di antara satu sama lain. Jika Forum digunakan dengan betul dan berkesan, ianya amat menguntungkan anda! Di sinilah juga anda dapat membina kredibiliti anda agar dihormati dan dipercayai.

Antara kelebihan pemasaran menggunakan Forum adalah..

anda tidak perlu mencari prospek, sebaliknya prospek sudah sedia ada. Di Forum, ahli-ahlinya akan masuk secara kerap dalam tempoh yang panjang. Mereka masuk tanpa dipaksa untuk turut serta dalam topik yang diperbincangkan.

– anda juga boleh membina kredibiliti di sini. Jika anda mempunyai kepakaran atau pengetahuan yang lebih dalam sesuatu bidang, Forum sememangnya satu alat yang berkuasa membina kredibiliti anda. Malah lebih berkuasa berbanding blog mahupun laman web. Di forum anda boleh membina kredibiliti dengan hanya berkongsi pengetahuan dan kepakaran anda. Selebihnya tanpa bersusah payah orang ramai akan yakin dan tidak teragak-agak untuk membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

cepat & percuma. Kebiasaannya tiada kos yang dikenakan untuk menyertainya. Hanya Daftar dan anda boleh terus mula membina kredibiliti anda di sini..juga tanpa sebarang kos.

boleh bertukar2 pendapat & ilmu pengetahuan. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. Melalui Forum, kita boleh saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dengan bertukar2 pendapat & ilmu pengetahuan. Andai ada sebarang persoalan atau kemusykilan pun, rasanya ramai yang boleh memberi bantuan dan jawapan..

Antara kaedah promosi yang boleh anda gunakan dalam Forum..

Signature. Signature yang berkesan umpama sebuah ‘magnet’ boleh menarik orang untuk klik tanpa berfikir panjang.

Avatar yang menarik perhatian. (misalnya avatar awek cun..hehe!)

Posting yang berkualiti. Ini yang paling penting untuk anda membina kredibiliti melalui Forum. Posting yang berkualiti ini jugalah yang akan menunjukkan samada anda seorang yang berkredibiliti & berpengetahuan sekaligus akan dihormati dan dipercayai oleh ahli forum yang lain.

Okay, Selamat BerForum Semua!

**Ingat! Gunakan Forum dengan betul & beretika. Kita berforum untuk bertukar2 pendapat dan ilmu pengetahuan. Jangan leka berborak sehingga lupa tujuan asal kita berforum iaitu menambah ilmu pengetahuan.

5 Jun 2009 - Posted by | Cara Promosi, Forum, Internet Marketing Tools, Review Produk, Tips | , , , , , ,

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: