Mymobilecash’s Blog

sumber informasi perniagaan internet anda..

Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda?

Selepas terbitnya artikel mengenai masalah persaraan di kalangan rakyat Malaysia di dalam akhbar The Star baru-baru ini, diharapkan makin ramai di antara kita menjadi semakin peka untuk membuat perancangan dan
bertindak untuk mengatasi masalah yang bakal menimpa ini.

Masalah kekurangan dana untuk persaraan bukannya masalah kepada golongan yang hampir kepada persaraan sahaja, namun ianya juga berkaitan dengan anda yang mungkin berumur dua puluhan atau tiga puluhan.

Ini disebabkan masalahnya akan timbul sekiranya kesedaran tidak dipupuk pada awal-awal lagi.

Pada pendapat peribadi, saya tidak berstuju dengan pendapat pakar mengatakan yang kita perlu melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun supaya golongan yang akan bersara ini akan mempunyai lebihan tahun untuk bekerja sebelum bersara.

Jadi, jika 60 tahun tidak cukup nanti, perlukah kita lanjutkan sehingga ke umur seterusnya? Maaflah jika apa yang saya nyatakan ini menyinggung sesiapa. Niat saya adalah ikhlas untuk membantu.

Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep “multiple streams of income” atau mata pencarian yang melebihi daripada satu pendapatan.

Pakar filosofi perniagaan terkenal di Amerika Syarikat, Jim Rohn, berkata “bina perniagaan secara part-time disamping bekerja secara full-time sehinggalah perniagaan anda maju dan dapat memberikan pulangan yang lumayan, sehinggalah anda mampu berhenti bekerja dengan orang lain“.

Dan kita juga tahu yang 90% rezeki itu datangnya daripada perniagaan.

Ayuh! Mari kita mulakannya! Usah tunggu lagi.

Ya, saya juga mendengar rintihan yang perniagaan adalah sukar dan memerlukan usaha yang kuat.

Baiklah, anda cuma ada dua pilihan.

1. Teruskan dengan hidup anda sekarang tanpa usaha untuk merubah kehidupan kepada yang lebih sempurna.

2. Bertindak dengan melakukan sedikit perubahan untuk masa depan anda dan keluarga anda supaya ianya lebih terjamin.

Jika peluang perniagaan dikatakan kurang, lihatlah di sekeliling anda. Perhatikan peluang yang ada dengan teliti. Mintalah bantuan daripada mereka yang telah berjaya.

Memang benar! Hidup bukannya sentiasa mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi kekesalan pada masa akan datang disebabkan anda tidak mengambil tindakan untuk memajukan diri anda sendiri adalah lebih perit daripada kesusahan yang anda lalui semasa memperbaiki diri anda sekarang.

 

oleh Zamri Nanyan.

15 Mei 2009 - Posted by | Tips | ,

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: