Mymobilecash’s Blog

sumber informasi perniagaan internet anda..

Jangan percaya kenyataan buat duit segera..

Saban hari saya menerima pelbagai macam bentuk email; ada yang mengajak JV, ada yang bertanyakan soalan – soalan teknikal, ada yang bertanyakan tentang kesahihan laman – laman web tertentu dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, soalan yang PALING kerap saya terima adalah:

“Boleh tak saudara ajar saya macam mana nak buat duit dengan SEGERA di internet?”



Anda mungkin dah terdedah dengan pelbagai cerita, berita, informasi yang mengatakan adalah MUDAH untuk buat duit di internet

Dengan kebanyakan laman web – laman web yang menunjukkan pendapatan RIBU – RIBU setiap hari, screen shot transaksi akaun bank, PayPal, Clickbank etc… membuatkan ramai pengguna internet berasa TERUJA dengan tawaran pada laman web tersebut.

Apatah lagi apabila kebanyakan pemilik web jualan tersebut memberitahu bahawa tawaran yang mereka berikan adalah “RAHSIA” yang kononnya mampu membantu anda menjana pendapatan di internet

Jadi, sebagai pengguna yang sedang tercari – cari “macam mana nak buat duit” menerusi internet, kebanyakan mereka akan lebih terdorong untuk memiliki dan mencuba tawaran yang diberikan.

Sekarang, mari kita hadapi KENYATAAN yang sebenarnya…

Adakah mudah untuk buat duit di internet? Jawapannya adalah TIDAK.

Fikirkan kembali logiknya… Jika benarlah nak buat duit di internet ini mudah, saya percaya ramai yang akan berhenti kerja, mengadap komputer dan “kaut” duit dari internet…

Sedar atau tidak, kehidupan kita ini memerlukan USAHA TANPA LELAH untuk kita capai sesuatu.

Jika malas berusaha, bagaimana kita nak capai apa yang kita hajati.

Oleh itu, saranan saya adalah anda perlu tetapkan minda yang betul terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam industri ini.

Sebenarnya tak ada “RAHSIA” untuk menjana pendapatan menerusi internet.

Tahukah anda bahawa perkara yang paling UTAMA yang akan menentukan sama ada anda akan berjaya menjana pendapatan di internet ataupun tidak adalah:

KEBERKESANAN KEMAHIRAN & STRATEGI MELAKUKAN PEMASARAN SECARA ONLINE

Ya… Inilah sebenarnya yang kononnya menjadi “RAHSIA” kepada kebanyakan mereka yang mampu menjana pendapatan di internet.

Jika anda mampu menguasai “BAGAIMANA” untuk melakukan pemasaran di internet, maka dengan mudah anda boleh buat duit di internet.

Tetapi untuk mencapai kemahiran ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia merangkumi pelbagai aspek bermula daripada bagaimana untuk melakukan kajian pasaran, pemilihan pasaran yang menguntungkan,
bagaimana nak bina laman web yang betul, di mana nak beriklan dengan berkesan, macam mana nak menghasilan penulisan (copywriting) yang efektif sehingga membuatkan pelawat web berminat dengan tawaran anda dan pelbagai macam perkara lagi termasuk perihal teknikal.

Terdapat banyak cabang pasaran di internet yang boleh diceburi, tetapi tanya diri anda terlebih dahulu… Sudahkah anda bersedia untuk menempuh sebarang kemungkinan dalam perjalanan anda dalam industri ini?

Pada artikel yang seterusnya, saya akan kongsikan pula antara
cabaran – cabaran yang perlu anda tempuhi.

Jumpa lagi!

ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.mohdamirol.com

15 Mei 2009 - Posted by | Tips | , ,

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: