Mymobilecash’s Blog

sumber informasi perniagaan internet anda..

Ketahui cara menerima bayaran di Internet

facebookIKSalah satu soalan yang paling popular kami terima ketika Workshop Jutawan Internet adalah: “Bagaimana caranya untuk menerima bayaran dari pelanggan kita melalui laman web?”

Untuk anda menerima bayaran kad kredit dari pelanggan anda ianya adalah:

* Mudah – tidak sesukar ramai yang menyangka

* Murah – kos untuk mendaftar perkhidmatan ini adalah amat berpatutan (tidak sampai RM200)

* Cepat – selepas anda daftar, anda akan terus dapat menerima bayaran kad kredit pelanggan anda melalui laman web anda dalam masa beberapa minit sahaja

* Efektif – anda akan menerima bayaran dari pelanggan anda tidak kira dari mana mereka membuat belian melalui kad kredit

==========

Cara terbaik untuk menerima bayaran di Internet adalah dengan
membuka Akaun peniaga (merchant account). Anda boleh mendaftar
merchant account dengan syarikat pemprosesan kad kredit.

Syarikat pemprosesan ini akan bertindak sebagai orang tengah dengan
menerima bayaran dari pelanggan anda dan kemudiannya menyalurkan
pembayaran kepada anda.

Ketika mendaftar menggunakan perkhidmatan tersebut, anda perlu
memberi maklumat perniagaan anda untuk direkodkan oleh syarikat
tersebut supaya dapat menyalurkan pembayaran dengan sempurna.

Syarikat pemprosesan kad kredit biasanya mengenakan bayaran untuk
pendaftaran dan mengambil peratus yang kecil daripada bayaran
pelanggan anda sebagai kos perkhidmatan. Peratusannya berbeza dari
syarikat ke syarikat.

Kebiasaannya mereka mengenakan 3-6% daripada setiap transaksi.
Jadi, jika sesuatu barangan itu berharga RM100, maka dalam
lingkungan RM4 akan dibayar kepada syarikat pemprosesan.

Kebanyakan syarikat pemprosesan kad kredit mengenakan bayaran
pendaftaran yang agak tinggi. Namun, dengan membolehkan kemudahan
kad kredit digunakan, jumlah pesanan dan pembelian dari pelanggan
adalah 400% lebih tinggi dibandingkan dengan cara tradisional di
atas. Jadi pelaburan membuka merchant account adalah amat berbaloi
untuk sesebuah perniagaan.

Selepas memperolehi akaun daripada syarikat tersebut, anda akan
diberikan cara menghubungkan muka surat memesan produk atau
perkhidmatan laman web anda dengan halaman khas yang disediakan
oleh syarikat pemprosesan tersebut.

Apabila pelanggan anda membuat bayaran, syarikat tersebut akan menyalurkan bayaran kepada anda melalui cek ataupun bank.

Saya mengesyorkan anda menggunakan 2 Check Out oleh kerana harga pendaftarannya yang rendah dan perkhidmatan yang diberikan adalah baik. Untuk daftar 2 Check Out dan memahami dengan lebih lanjut sistem penerimaan bayaran mereka, sila ke:

http://rahsiainternet.com/2checkout

Semoga tips “Cara menerima bayaran di Internet” ini dapat memanfaatkan perniagaan anda.

Salam hormat,

Krew Rahsia Internet

12 Mei 2009 - Posted by | Perniagaan Internet | ,

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: