Teknik Promosi Guna Banner-Cara Bina Banner Ikut Saiz Tertentu
Tips by azmilmy (Forum Prepaid4u)
Masa mula-mula buat mymode belum ada downline memang aku pun terasa bebaloi ke beriklan?
Jawapan dia ya berbaloi..Nak berniaga kena berani amik risiko..Nak berjaya semuanya ada risiko..Langkah pertama optimumkan kos iklan.Maklum lah orang baru bajet pun ciput lagi tapi kene berani lah..Orang pun lebih percaya sebab kita sanggup amik risiko keluar duit.Dekat situ tahap kepercayaan orang dah bertambah,
Seperti kita sedia maklum di prepaid4u memang telah disediakan banner yang menarik tetapi saiz adalah tetap.Bila kita search internet pula jumpa web yang tawarkan ruang iklan mengikut saiz yang dikehendaki admin web tersebut lebih kecil dari saiz sedia ada dalam web prepaid4u.
Kemudian mulalah tercari-cari mcm mana nak buat banner.Akhirnya upahlah orang buat.Minimum upah rasanya RM10 kalau ruang iklan tu RM40 dah jadi RM50..Kos juga bukan.Silap-silap dahjumpa web menarik untuk beriklan akhirnya tak jadi sebab tak cukup duit dan tak tahu buat banner.
Ada orang kata guna software adobe photoshop tapi bab ni aku memang jahil sikit(Maklumlah sekolah tak tinggi…)
Untuk selesai masalah tu boleh lah mendaftar di link berikut:
http://www.bannerfans.com/signup.php
Ingat daftar dahulu baru buat banner kalau tak dah penat-penat buat hilang pulak banner tu..Web ni lebih kurang macam photobucket,Boleh simpan koleksi banner korang..Bila nak guna lagi atau tak puas hati dengan paparan iklan tu korang boleh edit semula..lepas edit save..Gambar pun boleh dimasukkan ke dalamk tu untuk di edit..
Sebagai contoh jika admin web tu minta iklan saiz 230 px width X 50 px high seperti ini:
Gambar putih sebelah kiri tu aku masukkan dengan latar belakang hitam..Buatlah ikut kreativiti korang..Berbanding web banner maker lain web ini lebih mesra pengguna dalam masa 15minit korang dah boleh kuasainya…
**Another Link for MyMode Biz Banner – mybanner.rakanblogger.com/
Teknik Promosi Menggunakan Blog, Anda tahu? Bagaimana?
Tips by solehpolysas (Forum Prepaid4u)
Kaedah mempromosikan menggunakan blog.
Sekarang ni memang dah ramai yang tau membuat blog. Itu tidak perlu dikatakan lagi.
Tetapi yang saya ingin tekankan disini adalah pengguaan blog sebagai medium promosi bisnes anda.
Okey, jika kita ada blog, tidak kiralah bisnes atau peribadi, saya paling tidak suka jika blog tersebut asik menceritakan mengenai bisnes sahaja (promosi xhabis-habis)..
Didalam blog ini sebenarnya kita hendak berkongsi ilmu, meluahkan perasaan, berikan pendapat dan sebagainya. Disamping kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat ini, barulah kita promosikan sedikit demi sedikit tentang bisnes kita.
Sebagai contoh, anda mahu mempromosikan tentang prepaid (mymode).
Cuba anda buat 1 blog, tentang apa sahaja yang sedang hangat sekarang ini.
sebagai contoh isu politik. Didalam blog anda, anda ceritalah tentang politik ini..
biar panas sikit blog anda tu.. Meletop lagi bagus..
Apabila dah banyak bercerita mengenai isu panas ni,
anda selitkanlah dengan sedikit iklan mengenai bisnes anda.
bukankah ini lebih baik..
okey tengok contoh xbaik ni pulak, (bukan xbaik, tp xberkesan)
anda buat blog, kemudian didalam blog anda itu hanya menceritakan kelebihan mymode,
untung anda, dan sebagainya mengenai bisnes anda.
okey, fikirkan sejenak,
adakah ramai yang akan datang ke blog anda?
jika mereka datang, mereka mencari apa di blog anda?
Untuk pengetahuan anda semua, pelawat datang bukan nak join bisnes anda.. lebih-lebih lagi anda promosi secara online, mereka boleh percayakan anda ker? Mereka tidak kenal anda langsung..
Jadi jangan buat sebegini..
Cara terbaiknya anda bina kredibiliti anda dahulu, buat orang percaya kepada anda dan selepas mereka percaya kepada anda, anda mempunyai kuasa besar untuk membuat sebarang promosi bisnes dan sebagainya.
itu sahaja buat masa ini.. harap membantu..
Baca lagi »
Tips : Kisah Strategi Pemasaran Yang Email Bijak
Hari ini saya ada satu cerita menarik yang ingin saya saya kongsikan bersama anda tentang Strategi Pemasaran Email yang bijak.
Sebelum saya bercerita, izinkan saya mewar-warkan tentang sebuah Laporan Percuma tentang Kuasa Pemasaran Email ini kepada anda:
Download Laporan Percuma Kuasa Pemasaran Email? Klik Sini.
Baiklah, cerita ini adalah berkenaan 2 orang sahabat yang bernama Nabil dan Irma (kedua-duanya bukan nama sebenar) yang sedang hangat mengumpul senarai email bagi mempromosikan produk kurus mereka dengan mengedarkan laporan percuma mereka kepada orang ramai.
Nabil telah berjaya mengumpulkan 2,000 senarai email melalui laporan percuma tentang cara-cara menguruskan badan yang diedarkannya kepada orang ramai dalam masa sebulan.
Irma pula telah berjaya mengumpulkan 5,000 senarai email melalui laporan percumanya tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan juga dalam tempoh tersebut.
Tiba pada hari pelancaran produk kurus mereka pada tarikh yang sama, Nabil nyata lebih berjaya dan popular dengan jualan produk kurusnya berbanding Irma walaupun senarai yang dikumpulnya kurang 3000 berbanding Irma.
Mengapa ini berlaku?
Nyata sekali laporan yang Nabil berikan tepat mengikut niche produknya dan senarai email yang dikumpulnya walaupun tidak sebanyak Irma, lebih berkualiti kerana lebih spesifik dan sudah pasti senarai email yang dimilikinya terdapat 90% daripada mereka yang mempunyai keinginan untuk kurus berbanding senarai email yang Irma miliki yang ternyata begitu umum.
Kesimpulannya di sini ialah untuk memiliki senarai email daripada kelompok yang anda sasarkan, silalah berikan produk percuma yang berkaitan dengan niche yang anda sasarkan tersebut. Biarlah senarai email yang anda kumpul itu tidak besar, asalkan ianya berkualiti.
Itu saja, cerita untuk kali ini, dan jangan lupa untuk mendapatkan Laporan Percuma Kuasa Pemasaran Email ini:
Download Laporan Percuma Kuasa Pemasaran Email? Klik Sini.
Teknik Pemasaran Menggunakan Video YouTube
Anda pernah layari YouTube? Metacafe? Jika pernah, anda pasti sukakannya kan . Melalui website2 ini juga anda boleh lihat segala macam video yang terkini, sensasi, lawak, hiburan, muzik, dan pelbagai lagi. Jika dilihat dari ranking Alexa pun website2 ini menduduki Carta Top 5 website yang popular yang dikunjungi Pelawat / Trafik.
So? Tak terfikirkah anda ianya juga berpotensi sebagai tempat Pemasaran Bisnes anda? Soal pelawat anda tak perlu risau kerana beribu orang melayarinya dalam sehari.
Untuk mendaftar samada di YouTube atau Metacafe ini juga adalah percuma. Yang anda perlu sediakan adalah video untuk di’upload’ ke dalam website berkenaan..tapi biarlah yang Original hasil daripada idea & kreativiti anda sendiri (sekarang nak buat video clip guna handphone pun leh ).
Apa yang perlu anda lakukan, create Video Promosi bisnes anda dan upload. Selepas anda setup, ianya akan berjalan auto, jadi anda bolehlah tumpukan kepada Teknik Promosi yang lain plak. Bukankah lebih menjimatkan masa, wang & tenaga..hehe!
Yang menariknya kat sini..anda juga mungkin mendapat 2 income . Satu mungkin daripada bisnes anda, dan satu lagi daripada YouTube atau Metacafe itu sendiri. Ini kerana kedua2 website ini juga menawarkan Program Pay-Per-View iaitu anda boleh menjana pendapatan jika ramai pelawat yang melihat video anda.
So? Apa tunggu lagi?
Selamat Mencuba ye!
**Bukan Sekadar Tontonan.
p/s – Jika inginkan Tips & Panduan Teknik Pemasaran Video, klik sini.

Teknik Pemasaran Menggunakan Forum
Pernahkah anda berForum? Mungkin anda pernah..tapi pernahkah anda menggunakan Forum seperti Forum Prepaid4u atau forum-forum lain sebagai tempat pemasaran dan sebagai tempat untuk anda membina kredibiliti?
Forum adalah satu tempat perbincangan sesuatu perkara. Ianya juga boleh dipanggil komuniti di mana berkumpulnya ramai orang sehingga membentuk suatu komuniti atau kumpulan.
Penggunaan Forum pada asasnya adalah tempat untuk berbincang sesuatu topik tertentu, berkenalan dan bertukar-tukar maklumat di antara satu sama lain. Jika Forum digunakan dengan betul dan berkesan, ianya amat menguntungkan anda! Di sinilah juga anda dapat membina kredibiliti anda agar dihormati dan dipercayai.
Antara kelebihan pemasaran menggunakan Forum adalah..
- anda tidak perlu mencari prospek, sebaliknya prospek sudah sedia ada. Di Forum, ahli-ahlinya akan masuk secara kerap dalam tempoh yang panjang. Mereka masuk tanpa dipaksa untuk turut serta dalam topik yang diperbincangkan.
- anda juga boleh membina kredibiliti di sini. Jika anda mempunyai kepakaran atau pengetahuan yang lebih dalam sesuatu bidang, Forum sememangnya satu alat yang berkuasa membina kredibiliti anda. Malah lebih berkuasa berbanding blog mahupun laman web. Di forum anda boleh membina kredibiliti dengan hanya berkongsi pengetahuan dan kepakaran anda. Selebihnya tanpa bersusah payah orang ramai akan yakin dan tidak teragak-agak untuk membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
- cepat & percuma. Kebiasaannya tiada kos yang dikenakan untuk menyertainya. Hanya Daftar dan anda boleh terus mula membina kredibiliti anda di sini..juga tanpa sebarang kos.
- boleh bertukar2 pendapat & ilmu pengetahuan. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. Melalui Forum, kita boleh saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dengan bertukar2 pendapat & ilmu pengetahuan. Andai ada sebarang persoalan atau kemusykilan pun, rasanya ramai yang boleh memberi bantuan dan jawapan..
Antara kaedah promosi yang boleh anda gunakan dalam Forum..
- Signature. Signature yang berkesan umpama sebuah ‘magnet’ boleh menarik orang untuk klik tanpa berfikir panjang.
- Avatar yang menarik perhatian. (misalnya avatar awek cun..hehe!)
- Posting yang berkualiti. Ini yang paling penting untuk anda membina kredibiliti melalui Forum. Posting yang berkualiti ini jugalah yang akan menunjukkan samada anda seorang yang berkredibiliti & berpengetahuan sekaligus akan dihormati dan dipercayai oleh ahli forum yang lain.
Okay, Selamat BerForum Semua!
**Ingat! Gunakan Forum dengan betul & beretika. Kita berforum untuk bertukar2 pendapat dan ilmu pengetahuan. Jangan leka berborak sehingga lupa tujuan asal kita berforum iaitu menambah ilmu pengetahuan.
Teknik Promosi Perniagaan – The Rule of 5
Pernahkah anda dengar tentang Teknik Promosi yang dipanggil “Rule of 5” ini?
Kita semua tahu tentang lebih 90% perniagaan (internet & juga bukan internet) gagal kerana tidak melakukan promosi. Bagaimanakah kita tahu samada promosi yang kita lakukan itu mencukupi atau tidak?
Di sinilah timbulnya idea “The Rule of 5” ini. Ia mengatakan bahawa pada setiap masa, sekurang-kurangnya anda mempunyai 5 cara promosi yang bergerak serentak. Itulah yang dipanggil “The Rule of 5“.
Contohnya adalah Teknik Promosi yang saya gunakan, pada satu waktu mungkin saya :
1.membuat ‘free preview’ menggunakan website/blog.com sendiri,
2.promosi menggunakan Google Adwords,
3.promosi melalui email (opt-in list + autoresponder),
4.promosi melalui video YouTube atau Metacafe,
5.promosi menggunakan Forum atau laman web komuniti (facebook, myspace, friendster,dll)
Cukup lima..itulah “The Rule of 5“. Lima kaedah promosi yang dilakukan serentak. Di atas contoh saya sahaja, terpulang kepada anda kombinasi kaedah promosi yang anda gunakan.
**Perlu diingat..Teknik “The Rule of 5″ ini adalah Teknik yang MINIMA. Kalau yang minima ini pun anda tidak lakukan..maka janganlah pula disalahkan perkara2 lain jika lihat keuntungan anda tidak memberangsangkan.![]()



Hai, nama saya Fauzie Jasmani. Saya mewujudkan blog ini hanyalah semata-mata ingin berkongsikan informasi mengenai perniagaan internet yang semakin hangat kini. Blog ini juga bukan sahaja mengandungi tips-tips mengenai Perniagaan Internet, malah termasuk Peralatan Pemasaran Internet, Review Produk2 digital dan bermacam-macam lagi daripada ‘Internet Marketer’ Tempatan mahupun luar negara. Diharap, informasi yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada kita semua.


















