6 TIP MUDAH UNTUK HIDUP MEWAH
Tips Oleh : Irfan Khairi
1: Tak perlu kopi & rokok!
OK, OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?
Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.
SUDAH BEKERJA KERAS… TAPI TAK BERJAYA JUGA!
Sering saya dengar keluhan ini:
“Saya dah kerja keras setahun dua… tapi sampai hari ni tak berjaya juga!”
Untuk menjawab keadaan ini sekiranya anda tergolong dalam keadaan ini, saya ingin ibaratkan sebagai kerja “pemecah batu”.
Zaman-zaman dulu, kalau nak pecahkan batu, perlu lakukan manually. Zaman sekarang guna machine… tapi, kita lihat zaman dulu lah ye. So, zaman dulu, untuk memecah batu, perlu lakukan manually. Dengan penukul besar, pekerja perlu bertalu-talu mengetuk batu tersebut. Ketuk 10 kali… macam tu juga rupa batu tu. Ketuk 50 kali, macam tu juga rupa batu tu. Tak pecah pecah… ketuk 100 kali pun, tak pecah juga…
Tetapi, ketuk kali yang entah keberapa, terus batu tersebut pecah berkecai!
Walaupun, kesemua ketukan tersebut adalah pada kekuatan yang sama, maksudnya, bukan ketukan yang terakhir itu kuat daripada yang lain- semua sama kekuatan sahaja. Lambat laun, batu tersebut akan berpecah berkecai dengan satu ketukan sahaja- yang entah keberapa. Tetapi, ia akan mustahil pecah tanpa pukulan-pukulan sebelumnya!
Kejayaan anda juga perlu diibaratkan sebegitu. Kesemua usaha anda akan diambil kira- walaupun tak nampak dilihat kejayaannya atau pulangannya pada zahirnya, tetapi, ia perlu diteruskan secara konsisten sehingga anda jumpa “pukulan” terakhir tersebut! Pukulan terakhir tersebut akan menunjukkan hasil daripada kesemua uasaha-usaha anda sebelum ini.
Salam hormat!
-IK
**Petikan Tips 1 minit dari Irfan Khairi
BUANG MASA SAHAJA MEMBACA BUKU!
Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.
Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak manfaatkan apa yang dibaca.
Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!
Seperti buku “Business The Richard Branson Way”, yang baru saya
habis baca beberapa hari lepas, saya sudah mula aplikasikannya dan
sudah melihat pulangan RM.
Jadi ingat… ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.
Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.
Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga adalah banyak… memang tiada sebab anda untuk gagal!
“Ilmu yang dipelajari adalah untuk dimanfaatkan, bukan untuk disimpan”
========================================
TIP PERNIAGAAN: PROMOSI UNTUK PERNIAGAAN
========================================
Sekiranya anda menjalankan perniagaan (tak kira perniagaan Internet atau bukan Internet), berapa peratuskah keuntungan anda dilabur balik untuk promosi perniagaan?
Menurut J Conrad Levinson, pakar perniagaan ‘Guerrilla’, sebaiknya anda melabur 15-20% keuntungan perniagaan anda kembali kepada promosi. Kalau untung RM5,000 terus laburkan RM1,000 untuk tujuan promosi mengembangkan perniagaan.
Petikan Tips 1 minit dari Irfan Khairi
Ketahui cara menerima bayaran di Internet
Salah satu soalan yang paling popular kami terima ketika Workshop Jutawan Internet adalah: “Bagaimana caranya untuk menerima bayaran dari pelanggan kita melalui laman web?”
Untuk anda menerima bayaran kad kredit dari pelanggan anda ianya adalah:
* Mudah – tidak sesukar ramai yang menyangka
* Murah – kos untuk mendaftar perkhidmatan ini adalah amat berpatutan (tidak sampai RM200)
* Cepat – selepas anda daftar, anda akan terus dapat menerima bayaran kad kredit pelanggan anda melalui laman web anda dalam masa beberapa minit sahaja
* Efektif – anda akan menerima bayaran dari pelanggan anda tidak kira dari mana mereka membuat belian melalui kad kredit
==========
Cara terbaik untuk menerima bayaran di Internet adalah dengan
membuka Akaun peniaga (merchant account). Anda boleh mendaftar
merchant account dengan syarikat pemprosesan kad kredit.
Syarikat pemprosesan ini akan bertindak sebagai orang tengah dengan
menerima bayaran dari pelanggan anda dan kemudiannya menyalurkan
pembayaran kepada anda.
Ketika mendaftar menggunakan perkhidmatan tersebut, anda perlu
memberi maklumat perniagaan anda untuk direkodkan oleh syarikat
tersebut supaya dapat menyalurkan pembayaran dengan sempurna.
Syarikat pemprosesan kad kredit biasanya mengenakan bayaran untuk
pendaftaran dan mengambil peratus yang kecil daripada bayaran
pelanggan anda sebagai kos perkhidmatan. Peratusannya berbeza dari
syarikat ke syarikat.
Kebiasaannya mereka mengenakan 3-6% daripada setiap transaksi.
Jadi, jika sesuatu barangan itu berharga RM100, maka dalam
lingkungan RM4 akan dibayar kepada syarikat pemprosesan.
Kebanyakan syarikat pemprosesan kad kredit mengenakan bayaran
pendaftaran yang agak tinggi. Namun, dengan membolehkan kemudahan
kad kredit digunakan, jumlah pesanan dan pembelian dari pelanggan
adalah 400% lebih tinggi dibandingkan dengan cara tradisional di
atas. Jadi pelaburan membuka merchant account adalah amat berbaloi
untuk sesebuah perniagaan.
Selepas memperolehi akaun daripada syarikat tersebut, anda akan
diberikan cara menghubungkan muka surat memesan produk atau
perkhidmatan laman web anda dengan halaman khas yang disediakan
oleh syarikat pemprosesan tersebut.
Apabila pelanggan anda membuat bayaran, syarikat tersebut akan menyalurkan bayaran kepada anda melalui cek ataupun bank.
Saya mengesyorkan anda menggunakan 2 Check Out oleh kerana harga pendaftarannya yang rendah dan perkhidmatan yang diberikan adalah baik. Untuk daftar 2 Check Out dan memahami dengan lebih lanjut sistem penerimaan bayaran mereka, sila ke:
http://rahsiainternet.com/2checkout
Semoga tips “Cara menerima bayaran di Internet” ini dapat memanfaatkan perniagaan anda.
Salam hormat,
Krew Rahsia Internet
Program affiliate Bisnes Berapi- komisyen RM50
Ok, seperti mana ramai yang dok tertunggu-tunggu, program affiliate Seminar Bisnes Berapi pun dah dibuka! bagi anda yang tidak tahu menahu mengenai Seminar 2 hari Bisnes Berapi, boleh ke sini… http://www.bisnesberapi.com?a_aid=01991e22&a_bid=cc2a7d58
Sekiranya anda sudah daftar program affiliate E-book Mentor Jutawan, anda tak perlu daftar sekali lagi, kerana melalui control panel anda juga boleh terus dapatkan kod HTML Bisnes Berapi
Program affiliate Seminar Bisnes Berapi memberi pulangan RM50 untuk setiap jualan penyertaan. Manakala program affiliate Ebook Mentor Jutawan pula memberi pulanga RM10 untuk setiap jualan ebook. Keduanya dibawah “IrfanKhairi.com Affiliates”
Untuk menyertai IrfanKhairi.com Affiliates, bagi yang belum, boleh daftar secara percuma dengan klik di sini. Sekali lagi, kalau dah daftar program affiliate ebook Mentor Jutawan, dah tak perlu daftar dah.
Sekiranya anda dah daftar, boleh login di sini. Kalau hilang password, hanya klik pada “Forgot your password?”
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendapatkan link untuk program affiliate IrfanKhairi.com:
- Program affiliate IrfanKhairi.com membolehkan anda melakukan promosi 2 produk buat masa ini, iaitu: Ebook mentor jutawan (komisyen RM10) dan Seminar Bisnes berapi (komisyen RM50)
- Untuk pendaftaran, sila ke http://www.irfankhairi.com/affiliate/affsignup.php?pid=01991e22
- Anda perlu login ke akaun affiliate anda di http://www.irfankhairi.com/affiliate/affiliates/
- Gunakan username dan password yang telah diberikan kepada anda melalui email (selepas pendaftaran)
- Setelah masuk ke akaun anda, klik pada “Campaigns” di menu sebelah kiri.
- Anda akan diberi pilihan “Campaign name: Seminar Bisnes Berapi” atau “Campaign name: Mentor Jutawan”
- Klik pada “View banners” Seminar Bisnes Berapi atau Mentor Jutawan untuk mendapatkan Link/Banner program affiliate masing-masing.
- Daripada senarai link atau banner yang diberikan, klik pada “Show banner code” untuk mendapatkan kod HTML link atau banner.
- Cut & Paste code tersebut di blog atau laman web anda.
Itu sahaja…
Petikan Daripada Irfan Khairi dari Perniagaan Internet
Hai, nama saya Fauzie Jasmani. Saya mewujudkan blog ini hanyalah semata-mata ingin berkongsikan informasi mengenai perniagaan internet yang semakin hangat kini. Blog ini juga bukan sahaja mengandungi tips-tips mengenai Perniagaan Internet, malah termasuk Peralatan Pemasaran Internet, Review Produk2 digital dan bermacam-macam lagi daripada ‘Internet Marketer’ Tempatan mahupun luar negara. Diharap, informasi yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada kita semua.



















