Mymobilecash’s Blog

sumber informasi perniagaan internet anda..

Perniagaan Internet – Apa yang kita perlukan?

Dalam menjalankan perniagaan Internet ni, banyak yang kita perlukan seperti Domain & Hosting, Script, & macam2 lagi. Di sini antara cadangan2 saya untuk anda :-

 

DOMAIN & HOSTING

  1. Sepaku Hosting – Murah, Jimat & Stabil
  2. ExaBytes Network  ( Recommended)

 

EDUCATION ONLINE BIZ

  1. Belajar cPanel – Panduan Asas cPanel dari A-Z. Bagus untuk Newbie.
  2. Belajar PHP & MySQL – Belajar membina & ubahsuai Skrip PHP anda sendiri tanpa perlu mengupah Programmer. Pembelajaran melalui Video Tutorial.
  3. Belajar SEO – Pelajari langkah SEO yang berkesan untuk meningkatkan Ranking Website / Blog anda.

 

AUTORESPONDER & OPT-IN

  1. Aweber  (Recommended)
  2. GetResponse
  3. EasyAutores  (Recommended for Newbie)

 

ADDITIONAL TOOLS

  1. Web Jualan Advance - Panduan membina Web Jualan Profesional dengan Mudah.
  2. Minisite - Panduan membina Minisite melalui Tutorial Video.
  3. eCover  Action Script – Cara mudah membina eCover untuk Produk Digital anda.

13 Julai 2009 Posted by | Internet Marketing Tools, Perniagaan Internet, Review Produk | , , , , , , , | Tinggalkan Komen

Review: Adakah Mini Opt-In Sebaik Yang Disangka?

Jika anda mengikut perkembangan dalam dunia internet marketing tempatan, anda mungkin mengetahui tentang Koleksi MiniOpt-In yang dibuat oleh saudara Iskandar Jauhari.

Tema ini lain daripada lain adalah kerana ianya mempunyai subscription form di header itu sendiri. Berbanding tema-tema lain yang tidak menggunakan taktik ini, Koleksi Mini Opt-in mampu menjana lebih banyak leads atau optin untuk anda. Anda akan mendapat LIMA tema berlainan warna untuk anda gunakan.

Seperti yang anda tahu, setiap orang PASTI akan membaca daripada atas ke bawah dan pastinya akan melihat header dahulu sebelum teks lain. Jadi, dengan meletakkan optin form di dalam header itu sendiri, optin akan meningkatkan dengan mendadak.

==========================================
Apa yang akan anda dapat dalam minggu pelancaran
==========================================

Sekiranya anda mendapatkan MiniOpt-In dalam masa tiga minggu ini, anda akan mendapat pelbagai manfaat.

Pertama: keahlian Mini Pro secara percuma. Ini merupakan tempat di mana anda akan memuat turun (download) themes MiniOpt-in. Ianya akan diberikan percuma kepada mereka yang membeli pada minggu pelancaran (3 minggu pertama). Mereka yang mendapat keahlian ini akan mendapat tema secara percuma atau pada harga diskaun pada masa hadapan, dan akan mendapat update dari semasa ke semasa tentang projek dibuat oleh saudara Iskandar, dan diskaun-diskaun lain oleh dia.

Hey, khabar angin bahawa Iskandar akan bina 5 lagi tema mini opt-in yang lebih mengancam lagi memang benar! BERITA BAIK! Semua ahli Mini Pro akan mendapatkannya secara PERCUMA! Al-kisahnya sekarang, adakah anda ahli Mini Pro ini? ;p

Kedua: anda akan menerima 5 tema tambahan secara percuma, tambahan daripada 5 yang asal sekarang ini. Maksudnya, anda akan menerima 10 tema keseluruhannya. Jika anda membeli selepas tempoh pelancaran, anda terpaksa membayar lebih untuk mendapatkannya.

Ketiga: anda akan menerima kad kupon daripada Iskandar sendiri supaya anda mendapat diskaun sebanyak 40% di iscandesign.com. Bayangkan jika kos anda sehingga RM100. Anda akan berjimat sehingga 40 ringgit dengan mendapatkan kupon diskaun ini.

 

=====================
Bonus Tambahan
=====================

Jika anda mendapatkan MiniOpt-In ini, anda bukan sahaja mendapat tema daripada Iskandar, kerana anda akan mendapat:
- 15 Opt-in Box Sidebar
- 15 Opt-in Box Blog
- 50 Anak Panah Animasi
- 1 Design Contact Form Dwibahasa (anda boleh pilih mana yang anda mahu) 
- Kupon Diskaun 40% (dalam 3 minggu sahaja)
- Keahlian Mni Pro (dalam 3 minggu sahaja)

Akhir kata,
Mungkin ramai yang berkata, “banyak tema kat luar sana” tetapi seseorang perlu ingat: jarang kita dapat lihat tema yang mempunyai opt-in form di dalam header. Saya sendiri TIDAK PERNAH menjumpai tema-tema seperti itu.

Jadi ianya memang unik dan lain daripada lain. Adakah ianya berbaloi untuk duit anda? Bagi saya YA, kerana ianya mampu menjana lebih banyak jualan untuk diri saya. Saya sanggup untuk memberikan Iskandar RM25 untuk ini.

Jika anda berminat untuk melihat potensi sebenar tema minisite Iskandar, anda boleh layari Koleksi Mini Opt-in untuk maklumat lanjut.

19 Jun 2009 Posted by | Internet Marketing Tools, Review Produk | , , , | Tinggalkan Komen

Tips : Kisah Strategi Pemasaran Yang Email Bijak

Hari ini saya ada satu cerita menarik yang ingin saya saya kongsikan bersama anda tentang Strategi Pemasaran Email yang bijak.

Sebelum saya bercerita, izinkan saya mewar-warkan tentang sebuah Laporan Percuma tentang Kuasa Pemasaran Email ini kepada anda:

Download Laporan Percuma Kuasa Pemasaran Email? Klik Sini.

Baiklah, cerita ini adalah berkenaan 2 orang sahabat yang bernama Nabil dan Irma (kedua-duanya bukan nama sebenar) yang sedang hangat mengumpul senarai email bagi mempromosikan produk kurus mereka dengan mengedarkan laporan percuma mereka kepada orang ramai.

Nabil telah berjaya mengumpulkan 2,000 senarai email melalui laporan percuma tentang cara-cara menguruskan badan yang diedarkannya kepada orang ramai dalam masa sebulan.

Irma pula telah berjaya mengumpulkan 5,000 senarai email melalui laporan percumanya tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan juga dalam tempoh tersebut.

Tiba pada hari pelancaran produk kurus mereka pada tarikh yang sama, Nabil nyata lebih berjaya dan popular dengan jualan produk kurusnya berbanding Irma walaupun senarai yang dikumpulnya kurang 3000 berbanding Irma.

Mengapa ini berlaku?

Nyata sekali laporan yang Nabil berikan tepat mengikut niche produknya dan senarai email yang dikumpulnya walaupun tidak sebanyak Irma, lebih berkualiti kerana lebih spesifik dan sudah pasti senarai email yang dimilikinya terdapat 90% daripada mereka yang mempunyai keinginan untuk kurus berbanding senarai email yang Irma miliki yang ternyata begitu umum.

Kesimpulannya di sini ialah untuk memiliki senarai email daripada kelompok yang anda sasarkan, silalah berikan produk percuma yang berkaitan dengan niche yang anda sasarkan tersebut. Biarlah senarai email yang anda kumpul itu tidak besar, asalkan ianya berkualiti.

Itu saja, cerita untuk kali ini, dan jangan lupa untuk mendapatkan Laporan Percuma Kuasa Pemasaran Email ini:
Download Laporan Percuma Kuasa Pemasaran Email? Klik Sini.

 

Sekian, Salam Hormat.

11 Jun 2009 Posted by | Cara Promosi, Email Marketing, Internet Marketing Tools, Tips | , , , , , | Tinggalkan Komen

Teknik Pemasaran Menggunakan Video YouTube

 Anda pernah layari YouTube? Metacafe? Jika pernah, anda pasti sukakannya kan .  Melalui website2 ini juga anda boleh lihat segala macam video yang terkini, sensasi, lawak, hiburan, muzik, dan pelbagai lagi. Jika dilihat dari ranking Alexa pun website2 ini menduduki Carta Top 5 website yang popular yang dikunjungi Pelawat / Trafik.

So? Tak terfikirkah anda ianya juga berpotensi sebagai tempat Pemasaran Bisnes anda? Soal pelawat anda tak perlu risau kerana beribu orang melayarinya dalam sehari.

 Untuk mendaftar samada di YouTube atau Metacafe ini juga adalah percuma. Yang anda perlu sediakan adalah video untuk di’upload’ ke dalam website berkenaan..tapi biarlah yang Original hasil daripada idea & kreativiti anda sendiri (sekarang nak buat video clip guna handphone pun leh ).

Apa yang perlu anda lakukan, create Video Promosi bisnes anda dan upload. Selepas anda setup, ianya akan berjalan auto, jadi anda bolehlah tumpukan kepada Teknik Promosi yang lain plak. Bukankah lebih menjimatkan masa, wang & tenaga..hehe!

Yang menariknya kat sini..anda juga mungkin mendapat 2 income . Satu mungkin daripada bisnes anda, dan satu lagi daripada YouTube atau Metacafe itu sendiri. Ini kerana kedua2 website ini juga menawarkan Program Pay-Per-View iaitu anda boleh menjana pendapatan jika ramai pelawat yang melihat video anda.

So? Apa tunggu lagi?

 

Selamat Mencuba ye!

 

**Bukan Sekadar Tontonan.

p/s – Jika inginkan Tips & Panduan Teknik Pemasaran Video, klik sini.

9 Jun 2009 Posted by | Cara Promosi, Internet Marketing Tools, Review Produk, Tips, Video Marketing | , , , , , , | 1 Komen

Teknik Pemasaran Menggunakan Forum

Pernahkah anda berForum? Mungkin anda pernah..tapi pernahkah anda menggunakan Forum seperti Forum Prepaid4u atau forum-forum lain sebagai tempat pemasaran dan sebagai tempat untuk anda membina kredibiliti?

Forum adalah satu tempat perbincangan sesuatu perkara. Ianya juga boleh dipanggil komuniti di mana berkumpulnya ramai orang sehingga membentuk suatu komuniti atau kumpulan.

Penggunaan Forum pada asasnya adalah tempat untuk berbincang sesuatu topik tertentu, berkenalan dan bertukar-tukar maklumat di antara satu sama lain. Jika Forum digunakan dengan betul dan berkesan, ianya amat menguntungkan anda! Di sinilah juga anda dapat membina kredibiliti anda agar dihormati dan dipercayai.

Antara kelebihan pemasaran menggunakan Forum adalah..

- anda tidak perlu mencari prospek, sebaliknya prospek sudah sedia ada. Di Forum, ahli-ahlinya akan masuk secara kerap dalam tempoh yang panjang. Mereka masuk tanpa dipaksa untuk turut serta dalam topik yang diperbincangkan.

- anda juga boleh membina kredibiliti di sini. Jika anda mempunyai kepakaran atau pengetahuan yang lebih dalam sesuatu bidang, Forum sememangnya satu alat yang berkuasa membina kredibiliti anda. Malah lebih berkuasa berbanding blog mahupun laman web. Di forum anda boleh membina kredibiliti dengan hanya berkongsi pengetahuan dan kepakaran anda. Selebihnya tanpa bersusah payah orang ramai akan yakin dan tidak teragak-agak untuk membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

- cepat & percuma. Kebiasaannya tiada kos yang dikenakan untuk menyertainya. Hanya Daftar dan anda boleh terus mula membina kredibiliti anda di sini..juga tanpa sebarang kos.

- boleh bertukar2 pendapat & ilmu pengetahuan. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. Melalui Forum, kita boleh saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dengan bertukar2 pendapat & ilmu pengetahuan. Andai ada sebarang persoalan atau kemusykilan pun, rasanya ramai yang boleh memberi bantuan dan jawapan..

Antara kaedah promosi yang boleh anda gunakan dalam Forum..

- Signature. Signature yang berkesan umpama sebuah ‘magnet’ boleh menarik orang untuk klik tanpa berfikir panjang.

- Avatar yang menarik perhatian. (misalnya avatar awek cun..hehe!)

- Posting yang berkualiti. Ini yang paling penting untuk anda membina kredibiliti melalui Forum. Posting yang berkualiti ini jugalah yang akan menunjukkan samada anda seorang yang berkredibiliti & berpengetahuan sekaligus akan dihormati dan dipercayai oleh ahli forum yang lain.

Okay, Selamat BerForum Semua!

**Ingat! Gunakan Forum dengan betul & beretika. Kita berforum untuk bertukar2 pendapat dan ilmu pengetahuan. Jangan leka berborak sehingga lupa tujuan asal kita berforum iaitu menambah ilmu pengetahuan.

5 Jun 2009 Posted by | Cara Promosi, Forum, Internet Marketing Tools, Review Produk, Tips | , , , , , , | Tinggalkan Komen

Teknik Promosi guna Google Adwords

Pernahkah anda guna Teknik Promosi ini dalam mempromosikan bisnes anda? Teknik ini juga dikenali sebagai Pay-Per-Click atau PPC; bermaksud anda akan dicaj untuk setiap kali orang klik iklan anda (kalau orang tak klik tuh, x der lah kena caj ). Teknik ini antara teknik promosi yang paling berkesan yang saya gunakan.Tapi kena keluarkan kos sket ler..(kalau nak yang berkesan, kena ar berani kuar kos)

Di sini, saya bagi contoh menggunakan Google Adwords (adwords.google.com)

Dimana iklan anda akan keluar?

Hmm..iklan anda akan keluar di senarai teratas Search Engines (bahagian Sponsored Links) atau di laman2 web yang menggunakan keyword yang sama yang anda gunakan (lihat Ads by Google).

Antara contoh variasi iklan yang boleh anda gunakan..

Agen Prepaid di cari
Sambilan/sepenuh masa
Daftar hanya RM65
prepaid4u.net/?=eiz1004

Tokey prepaid Top up
Bila2 masa, di mana jua
Modal mula hanya RM65
prepaid4u.net/?=eiz1004

..anda boleh pelbagaikan variasi iklan anda mengikut kekreatifan anda. Ayat mesti power!!

**Tips : Ayat mesti power! Biar ringkas tapi padat.

 

p/s – Anda juga boleh mendapatkan kupon PPC secara PERCUMA. Ingin ketahui Bagaimana? Dapatkan Panduan PPC Percuma sekarang!

2 Jun 2009 Posted by | Internet Marketing Tools | , , , , | Tinggalkan Komen

Action Script eCover Produk

Sudahkah anda memiliki koleksi Action Script yang boleh menghasilkan pelbagai bentuk eCover seperti eBook, DVD, Report, BOX Cover, Membership Card dan sebagainya?

Jika belum, jangan lupa dapatkan akses download Action Script tersebut di:

=> http://use-sell.com/2/s68451/1512411re/85045

Untuk pengetahuan anda, action script memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia “design“. Ini adalah kerana action script dapat memudahkan segala aktiviti ulangan dijalankan tanpa perlu untuk menghasilkannya dari scratch.

Bayangkan jika anda ingin menghasilkan 10 buah rupa bentuk ecover ebook produk. Jika tidak menggunakan action script, anda mungkin menghabiskan masa 2 jam untuk 1 design. Jika 10 design yang sama, anda perlu menghabiskan 20 jam!

Berbeza dengan penggunaan Action script, anda mampu menjimatkan masa anda kepada beberapa minit sahaja untuk 1 design. Ini adalah kerana anda hanya perlu memainkan proses rakaman design yang telah dirakam dan hanya perlu melakukan perubahan pada bahagian – bahagian yang diperlukan sahaja.

Pendek kata, segala tugasan yang sama yang membosankan tidak perlu dilakukan lagi kerana action script menjalankan proses tersebut secara automatik!

Anda boleh lihat penerangan lanjut tentang action script di

=> http://use-sell.com/2/s68451/1512411re/85045

Di laman tersebut juga ada ditunjukkan bagaimana proses action script dilakukan!

 

Jumpa lagi!

 

ikhlas,
Fauzie Jasmani

Banner Promosi eCoverProduk 468 x 60 pixels

8 Mei 2009 Posted by | Internet Marketing Tools, Review Produk | , , | Tinggalkan Komen

Keuntungan Menerusi Pemasangan Program Affiliate

Banner Promosi

Sistem Affiliate

Cara paling mudah untuk mencapai keuntungan yang luar biasa bagi pemasaran produk anda adalah dengan menambah fungsi program affiliate terhadap laman web jualan anda.

Mungkin anda tertanya – tanya bagaimana keuntungan maksima boleh tercapai dengan menambah program affiliate ke dalam laman web jualan? Baiklah, konsepnya adalah begini;

Katakan anda TANPA sebarang rakan niaga (joint venture) sedang ingin memasarkan produk anda (contoh: ebook) ke internet… Produk anda tersebut berharga RM50.00 dan “target” anda adalah ingin menghasilkan 100 jualan dalam tempoh 30 hari.

Walaubagaimanapun, dengan “MASA” dan “KEMAHIRAN” yang terhad, anda hanya mampu memasarkan produk anda tersebut ke 10 tempat “jelajahan” promosi sahaja dalam tempoh satu bulan.

Jualan yang terhasil katakan 30 jualan sahaja dan keuntungan anda hanyalah RM50.00 x 30 jualan = RM1500.00

Bayangkan pula jika anda memiliki 50 orang rakan niaga yang bertindak sebagai agen pemasaran (yakni agen affiliate)… Sudah tentu “kawasan” yang akan dijelajahi akan lebih luas, masa penjelajahan berlaku dengan pantas dan hasil jualan yang dicapai adalah  lebih tinggi.

Katakan secara puratanya, 50 orang agen tersebut berjaya menghasilkan 2 jualan setiap seorang… maka jumlah jualan produk anda adalah: 50 orang x 2 jualan = 100 jualan x RM50.00 = RM5000.00 !

Katakan anda memberi komisyen sebanyak 50% kepada agen affiliate untuk setiap jualan,… maka keuntungan bersih yang bakal anda perolehi adalah: RM5000.00 – (50% x RM5000) = RM2500.00!

Nah… anda mampu mengaut keuntungan RM2500.00 tanpa melakukan sebarang usaha pun! Semuanya dilakukan oleh konsep pemasaran menerusi program affiliate.

Bukankah ini merupakan satu perkara yang menarik dan menguntungkan?

Anda mungkin memerlukan penerangan lanjut bagaimana untuk memasang system affiliate ini ke dalam laman web jualan anda. Jadi saya syorkan anda untuk melihat info lanjut di

http://use-sell.com/2/s68451/1512168nx/85045

 

ikhlas,
Fauzie Jasmani

8 Mei 2009 Posted by | Internet Marketing Tools, Review Produk | , , | Tinggalkan Komen

Kelebihan Pembinaan Minisite Bagi Usahawan Baru

Banner Promosi SistemAffiliate 468 x 60 pixels

Panduan Minisite

Sudahkah anda melihat http://use-sell.com/2/s68451/1511581pi/85045 pada kiriman yang saya kirimkan tempohari? Jika belum, tak mengapa…

Hari ini saya ingin berkongsikan pula tentang kelebihan pembinaan minisite bagi bakal usahawan baru internet terutama sekali buat anda…

Pada kiriman sebelum ini, saya telah menerangkan bahawa terdapat pelbagai jenis konsep laman web yang boleh anda bangunkan. Namun, laman web yang paling berkesan dan menguntungkan untuk pemasaran internet adalah laman web yang berkonsepkan minisite.

Satu kelebihan utama pembinaan minisite adalah ianya adalah berkos murah. Ya, pembinaan minisite adalah amat murah sekali berbanding jika anda ingin membina laman web seperti shopping cart. Yang lebih menariknya, anda boleh mula membangunkan laman web minisite anda menggunakan perisian percuma sahaja!

Antara kelebihan lain laman web berkonsepkan minisite ini adalah kos maintenance nya yang rendah. Sebagai contoh jika anda ingin mengubahsuai isikandungan web anda, perkara yang perlu anda lakukan adalah edit kembali kandungan dan uploadkan ke internet. Cukup mudah dan boleh diubahsuai mengikut cita rasa anda.

Seterusnya dengan menggunakan minisite, anda juga mampu menyekat pelawat web daripada terganggu dengan lain – lain promosi produk. Sebagai contoh, jika di shopping cart, pelawat web mungkin akan jadi rambang mata… mereka akan klik sana sini untuk melihat produk – produk… namun akhirnya tidak akan membuat pembelian.

Berbanding dengan minisite, pelawat web hanya mempunyai 2 pilihan sahaja… memberi respon kepada promosi anda atau meninggalkan web anda. Jika penulisan ayat jualan anda yakni copywriting anda baik, maka anda mungkin dapat mempengaruhi pelawat untuk mendapatkan apa yang anda tawarkan.

Baiklah, sampai di sini sahaja dulu perkongsian saya. Semoga kita berjumpa lagi!

 
p.s – Jangan lupa kalau anda belum tahu cara nak bina laman web minisite, segera dapatkan informasi di http://use-sell.com/2/s68451/1511581pi/85045

8 Mei 2009 Posted by | Internet Marketing Tools, Perniagaan Internet, Review Produk | , , | Tinggalkan Komen

eCover Produk Mampu Meningkatkan Hasil Jualan

Banner Promosi eCoverProduk 125 x 125 pixels

Action Script eCover

Jika anda menjual produk – produk digital, pastikan anda tidak mengabaikan rupa bentuk produk digital anda tersebut.

Sebagai contoh jika anda menjual ebook, maka sudah semestinya anda memerlukan rupa bentuk cover ebook untuk menzahirkan ebook tersebut. Maksudnya dengan adanya rupa bentuk eCover yang bersesuaian, ia dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk membeli produk anda.

Untuk menghasilkan ecover, terdapat 3 cara iaitu:

1. Mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda
2. Melakukan ecover sendiri secara manual dari scratch
3. Menggunakan action script ecover

Pilihan pertama
Jika anda mempunyai modal, anda boleh mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda. Kebiasaannya mereka (Designer) akan caj sekitar RM30 – RM150 untuk menghasil SATU (1) jenis ecover sahaja!

Bayangkan jika anda mempunyai 10 produk? Berapakah modal yang anda perlukan?

Pilihan kedua
Jika anda mahir menggunakan “TOOLS” yang disediakan di dalam Photoshop atau GIMP, anda boleh menghasilkan rupa bentuk eCover anda dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan rupa bentuk ecover yang diingini seperti rupa DVD box, eBOOK, CD, dan sebagainya.

Bayangkan jika 1 design mengambil masa 2 jam… Berapakah jumlah masa yang anda perlukan untuk menghasilkan 10 bentuk design?

Pilihan ketiga (DISARANKAN!)
Ini adalah pilihan yang bijak di mana anda menggunakan action script eCover untuk menghasilkan ecover pilihan anda. Anda boleh menghasilkan pelbagai bentuk eCover yang telah diciptakan khas untuk anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, hanya tekan butan PLAY, dan kemudian rupa bentuk eCover idaman anda akan terhasil!

Apa itu action script? Action script adalah “RAKAMAN” yang telah dibuat oleh penghasilnya bagi memudahkan segala tugas melakukan design. Jika kita ingin menghasilkan rupa design yang sama di masa hadapan, kita hanya perlu memainkan rakaman tersebut dan seterusnya rupa design yang diingini akan dihasilkan hanya beberapa minit sahaja!

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan action script ini, anda memerlukan perisian Adobe Photoshop. Anda boleh download Adobe Photoshop (Trial Version) di http://www.adobe.com/products/photoshop/photoshop/

Jika anda SUDAH memiliki perisian ini, maka saya amat mengesyorkan anda untuk melihat action script di:

=> http://use-sell.com/2/s68451/1512411re/85045

(Anda boleh download action script percuma di laman tersebut juga!)

5 Mei 2009 Posted by | Internet Marketing Tools, Perniagaan Internet, Review Produk | , , , | Tinggalkan Komen

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.