Mymobilecash’s Blog

sumber informasi perniagaan internet anda..

Apa yang Penting?

wonderpets

Wonder Pets, Wonder Pets kami datang..

Membantu kawan yang dalam kesusahan..

Kami tak kuat & kami tak besar..

Bila bekerjasama kerja jadi mudah..

 

Apa yang penting? ..KERJASAMA..

Apa yang penting? ..KERJASAMA..

Baca lagi »

21 Julai 2009 Posted by | Tips | , , , , | Tinggalkan Komen

Teknik Promosi Guna Banner-Cara Bina Banner Ikut Saiz Tertentu

Tips by azmilmy (Forum Prepaid4u)

Masa mula-mula buat mymode belum ada downline memang aku pun terasa bebaloi ke beriklan?
Jawapan dia ya berbaloi..Nak berniaga kena berani amik risiko..Nak berjaya semuanya ada risiko..Langkah pertama optimumkan kos iklan.Maklum lah orang baru bajet pun ciput lagi tapi kene berani lah..Orang pun lebih percaya sebab kita sanggup amik risiko keluar duit.Dekat situ tahap kepercayaan orang dah bertambah,

Seperti kita sedia maklum di prepaid4u memang telah disediakan banner yang menarik tetapi saiz adalah tetap.Bila kita search internet pula jumpa web yang tawarkan ruang iklan mengikut saiz yang dikehendaki admin web tersebut lebih kecil dari saiz sedia ada dalam web prepaid4u.

Kemudian mulalah tercari-cari mcm mana nak buat banner.Akhirnya upahlah orang buat.Minimum upah rasanya RM10 kalau ruang iklan tu RM40 dah jadi RM50..Kos juga bukan.Silap-silap dahjumpa web menarik untuk beriklan akhirnya tak jadi sebab tak cukup duit dan tak tahu buat banner.

Ada orang kata guna software adobe photoshop tapi bab ni aku memang jahil sikit(Maklumlah sekolah tak tinggi…)

Untuk selesai masalah tu boleh lah mendaftar di link berikut:

http://www.bannerfans.com/signup.php

Ingat daftar dahulu baru buat banner kalau tak dah penat-penat buat hilang pulak banner tu..Web ni lebih kurang macam photobucket,Boleh simpan koleksi banner korang..Bila nak guna lagi atau tak puas hati dengan paparan iklan tu korang boleh edit semula..lepas edit save..Gambar pun boleh dimasukkan ke dalamk tu untuk di edit..

Sebagai contoh jika admin web tu minta iklan saiz 230 px width X 50 px high seperti ini:

Gambar putih sebelah kiri tu aku masukkan dengan latar belakang hitam..Buatlah ikut kreativiti korang..Berbanding web banner maker lain web ini lebih mesra pengguna dalam masa 15minit korang dah boleh kuasainya…

**Another Link for MyMode Biz Banner – mybanner.rakanblogger.com/

3 Julai 2009 Posted by | Cara Promosi, Forum, MyMode MYeCASH Prepaid4u, Tips | , , , , , , , , | Tinggalkan Komen

Teknik Promosi Menggunakan Blog, Anda tahu? Bagaimana?

Tips by solehpolysas (Forum Prepaid4u)

Kaedah mempromosikan menggunakan blog.
Sekarang ni memang dah ramai yang tau membuat blog. Itu tidak perlu dikatakan lagi.
Tetapi yang saya ingin tekankan disini adalah pengguaan blog sebagai medium promosi bisnes anda.

Okey, jika kita ada blog, tidak kiralah bisnes atau peribadi, saya paling tidak suka jika blog tersebut asik menceritakan mengenai bisnes sahaja (promosi xhabis-habis)..

Didalam blog ini sebenarnya kita hendak berkongsi ilmu, meluahkan perasaan, berikan pendapat dan sebagainya. Disamping kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat ini, barulah kita promosikan sedikit demi sedikit tentang bisnes kita.

Sebagai contoh, anda mahu mempromosikan tentang prepaid (mymode).
Cuba anda buat 1 blog, tentang apa sahaja yang sedang hangat sekarang ini.
sebagai contoh isu politik. Didalam blog anda, anda ceritalah tentang politik ini..
biar panas sikit blog anda tu.. Meletop lagi bagus..

Apabila dah banyak bercerita mengenai isu panas ni,
anda selitkanlah dengan sedikit iklan mengenai bisnes anda.
bukankah ini lebih baik..

okey tengok contoh xbaik ni pulak, (bukan xbaik, tp xberkesan)
anda buat blog, kemudian didalam blog anda itu hanya menceritakan kelebihan mymode,
untung anda, dan sebagainya mengenai bisnes anda.

okey, fikirkan sejenak,
adakah ramai yang akan datang ke blog anda?
jika mereka datang, mereka mencari apa di blog anda?

Untuk pengetahuan anda semua, pelawat datang bukan nak join bisnes anda.. lebih-lebih lagi anda promosi secara online, mereka boleh percayakan anda ker? Mereka tidak kenal anda langsung..
Jadi jangan buat sebegini..

Cara terbaiknya anda bina kredibiliti anda dahulu, buat orang percaya kepada anda dan selepas mereka percaya kepada anda, anda mempunyai kuasa besar untuk membuat sebarang promosi bisnes dan sebagainya.

itu sahaja buat masa ini.. harap membantu..
Baca lagi »

3 Julai 2009 Posted by | Cara Promosi, Forum, MyMode MYeCASH Prepaid4u, Tips | , , , , , , , , | 2 Komen

Antara kaedah membuat promosi cara konvensional

Tips by Bro Eddie (Founder Prepaid4u)

Tulisan dibawah bukanlah tulisan saya. Saya copy dari email seorang insan kepada saya. Cuma email beliau mengajak saya menyertai Skim Piramid. Heheheh. Jadi saya edit sedikit kontennya supaya berkaitan dengan MyMode. Secara lazimnya strategi beliau agak bagus untuk dipraktikkan oleh kita bagi mengembangkan MyMode ini terutama kepada agent yang melakukan secara Offline.

Sekarang saya anda ajar anda bagaimana saya sendiri melakukannya.

1. Saya berikan risalah ini (pamplet yg di download dari STARTERKIT Prepaid4u) kepada adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran dan kawan-kawan saya. (anda boleh email kepada mereka juga).

2. Saya ambil alamat di dalam buku panduan telefon, tapi sekarang saya ambil terus dari yellow pages di internet, copy & paste ke dalam notepad kemudian print, potong dan tampal ke envelope. Ada berjuta-juta alamat di buku panduan telefon.
3. Saya gunakan internet. Saya hantar email. Risalah ini saya taip menggunakan Microsoft Word dan kemudian saya copy & pastekan ke dalam email saya. Saya hantar ke yahoogroups & googlegroups. Saya juga buat blog. Saya copy & pastekan ke dalam blog saya kemudian saya buat iklan di tapak iklan percuma seperti di iklaniaga,cari,iklan101 dll.

4. Ini ialah teknik yang paling BERKESAN. Saya sendiri lebih fokus kepada teknik ini iaitu, selitkan risalah ini di dalam Harian Metro. Anda kena pergi ke Agensi yang membekalkan suratkhabar kepada kedai-kedai. Caranya, anda tanya kepada kedai suratkhabar atau orang yang hantar suratkhabar bermotor dari mana mereka dapatkan bekalan. Kemudian mereka pasti akan memberitahu di mana alamat agensi tersebut. Anda pergi ke agensi tersebut dan tanya kepada mereka bagaimana cara anda mahu selitkan kertas risalah ke dalam suratkhabar. Jika mereka tidak melakukannya anda tanya di mana agensi yang melakukannya. Jika mereka melakukannya pasti mereka akan memberitahu anda caj untuk sekeping risalah tersebut. Kebiasaannya caj untuk sekeping risalah ialah di antara 3-5sen. Mula-mula dahulu saya hanya menghantar 1000 keping sahaja. Menakjubkan, dalam masa 3 minggu wang saya meningkat sehingga RM2,000. Saya galakkan anda guna kaedah ini.

5. Sebarkan ke tempat yang ramai orang. Pada hari Sabtu & Ahad,saya cari 3-4 orang budak dan bawa mereka ke tempat yang ramai orang seperti Zoo Melaka,Pantai Tg.Bidara atau ke tempat-tempat yang ada acara seperti konsert,sukan,pasar malam dan sebagainya. Saya beri mereka upah seorang RM30 dan setiap orang saya berikan 500 risalah yang mana mereka akan mengedarkannya kepada orang ramai atau menyelitkannya di wiper kereta. Bila habis risalah tersebut kami pulang.

6. Saya pergi ke flet-flet. Di bawah kolong flet pasti ada peti surat. Saya masukkan risalah ini ke dalam semua peti surat tersebut. Biasanya saya buat kerja ini dalam pukul 10 pagi kerana orang tak ramai lalu lalang.

Jika anda mengikut ke semua cara saya di atas anda pasti akan mendapat pulangan yang cukup lumayan. Adalah satu perkara yang sangat pelik jika anda gagal mendapat pulangan sekiranya anda ikuti semua cara saya di atas.

PERHATIAN: Punca mengapa apabila anda lakukan tetapi anda GAGAL!!

1. Anda sebarkan kepada sedikit orang sahaja tetapi anda berharap mendapat feedback yg bagus. Anda sebar kepada 10 orang sahaja dan esoknya anda terus harap ada 10 orang join bawah group anda, bila takde, anda mula rasa payah, dan mengatakan mustahil untuk berjaya dalam MyMode. Anda melakukan satu kesilapan besar. Anda tidak berusaha bersungguh-sungguh, ini bukan judi nombor ekor,bet RM1 malam tengok keputusan..

2. Anda kena sebarkan sebanyak mungkin, jika boleh tiap-tiap minggu anda sebarkan kepada 1000-10,000 orang. Ikut cara yang saya ajar. Kemudian yang paling penting, setiap panggilan handphone perlu dijawab dengan penuh profesional. Jangan pulak takut nak jawab panggilan, malas nak reply sms dan sebagainya. Terangkan tentang marketing plan MyMode dengan sebaik mungkin. Lihat keputusannya selepas sebulan anda buat promosi-promosi tadi dan jangan mudah putus asa. Biarkan risalah anda itu tersebar dahulu, orang baca dan buat keputusan. Kebiasaannya orang tidak akan sertai serta-merta, ada yang sertai esoknya, ada yang sertai lepas 2-3 hari, ada yang sertai tunggu gaji hujung bulan dan macam-macam lagi. Anda kena beri masa untuk projek ini bergerak secara senyap. Jika minggu pertama anda sebar 1000 risalah, minggu kedua 1000 lagi dan minggu ketiga 1000 lagi maka pada minggu ke empat sudah pasti ada ramai orang yg terima risalah anda pada minggu pertama telah sertai anda. Baru anda boleh lihat keputusannya.

3 Julai 2009 Posted by | Cara Promosi, Forum, MyMode MYeCASH Prepaid4u, Tips | , , , , , , | Tinggalkan Komen

Teknik Jual Prepaid Untuk Dapat Untung Cara MYeCASH

Tips by edyanie (Forum Prepaid4u)

1) TOPUP MODAL SEKURANG-KURANGNYA RM150 KEATAS

setiap ejen mesti topup modal RM150 keatas jika nak untung jual topup. ini adalah untung menampung kos caj RM1 dan juga kos order sms. Jadi, bagaimana nak untung lebih banyak? JANGAN TOPUP RM150, TOPUP MODAL SEBANYAK MANA MODAL YANG ANDA MAMPU KELUARKAN DALAM SATU TRANSAKSI. ini kerana jika anda topup modal RM500@RM1000 pun, caj tetap RM1. cuba bandingkan untung antara ejen yang topup modal RM150 setiap masa dengan ejen yang topup modal RM500@RM100 setiap masa, mana paling untung? pasti yang topup modal RM500@RM1000 yang untung lebih sebab kos hanya singgit dan untungnya lebih banyak.

2)AKTIFKAN NOMBOR “ISTIMEWA” 1 SEN

sekarang ini, semua telco tak kira digi,maxis,celcom ada tawarkan sms yang boleh 1 sen sahaja. jadikan no. gateway mymode sebagai no 1 sen anda. kalau dah penuh, buang no yang kurang perlu kerana no gateway mymode adalah lebih penting untuk kurangkan kos order anda.

3) LAGI BESAR NILAI TOPUP YANG DIJUAL, LAGI KURANG KOS..
maksudnya kalau anda mampu, jual prepaid pada nilai yang tinggi, seperti RM10 ke, RM20 ke, RM30 ker, dan bukan RM10 kebawah. ini dapat kurangkan kos order topup anda.

contoh: kalau anda jual RM5, bagi modal RM100, anda telah hasilkan kos sebanyak 20 sen kerana hantar order sms sebanyak 20 kali
tetapi kalau anda jual RM10, bagi modal RM100, anda hanya hasilkan kos 10 sen kerana hantar order sms sebanyak 10 kali sahaja.

4)JUAL CELCOM LEBIH BANYAK..
kalau anda mampu jual celcom, ini kelebihan buat anda. ini kerana pv celcom lebih tinggi dari maxis pada waktu ini(9januari2009)
dengan RM100 topup modal, anda sudah boleh hasilkan keuntungan berbanding maxis yang merugikan anda jika topup modal RM100 sahaja.

tetapi kalau anda tidak mampu jual celcom sahaja dan mahu jugak jual maxis, ini cadangan saya.

1) jual maxis RM60 sahaja, bakinya jual celcom. ini bagi yang hanya modal RM100 sahaja. kiranya dalam nisbah 6:4 atau pun boleh RM50 maxi, RM50 celcom. lagi tinggi nisbah anda jual celcom, lagi banyak untung anda dapat.

2) Kalau tak boleh langsung nak jual celcom, hanya boleh jual maxis, hanya 1 cara sahaja. JANGAN TOPUP MODAL RM100. topup modal RM150 keatas. lagi tinggi topup modal dalam 1 urusniaga, lagi banyak untung anda.

sekian, teknik dari saya yang saya amalkan, dan bukan sekadar teori. “Lagi banyak untung” yang saya maksudkan adalah walaupun untung tu lebih dari 1 sen, itu dah dianggap untung bagi saya… ini kerana berdasarkan pembacaan saya tentang pemikiran minda orang jutawan, setiap 1 sen mempunyai nilai dalam kewangan mereka…anda hargai 1 sen, insyaallah lebih dari 1 sen akan anda perolehi, dan itu yang saya alami dalam mymode

kalau adibah noor cakap dalam iklan tnb “kalau nak jimat tuh, memang boleh..”

saya pulak kata

“KALAU NAK UNTUNG TUH, MEMANG BOLEH…”

3 Julai 2009 Posted by | Forum, MyMode MYeCASH Prepaid4u, Tips | , , , , | 1 Komen

Tips Motivasi : Bersaing Secara Sihat

Okaylah kali ni saya nak berkongsi Tips sket berkaitan Bersaing Secara Sihat. Maybe idea nih leh memberi motivasi & leh digunakan plak oleh para Upline terutamanya yang baru nak membina network memasing. Ni pun berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Bagi yang baru menjadi Upline, dah tentulah pangkat upline dengan downline2nya pun sama gak sehinggalah si Upline tuh tadi berpangkat MM. Ketika pangkat MA & MM nih, apa kata anda & downline2 anda bersaing sesama sendiri..misalnya sapa yang dapat capai pangkat CM dulu ker, sapa yang wat personal sales terbanyak ker. Sebagai Upline, takkan kita nak dikalahkan oleh downline kita sendiri kan. So, ini leh memotivasikan kita untuk lebih berusaha. Paling kurang pun agar tak dikalahkan oleh downline2 kita ni tadi (malu tuh kalau kalah..kuikuikui.. ). Lagipun dah memang fitrah manusia nih yang Pantang Dicabar ..kalau tak caya cuba cabar downline2 kita tuh bersaing. Pasti disahutnya lebih2 lagi jika Pangkat Upline & downlinenya sama.

Percayalah..segala usaha anda tuh akan berbaloi. Dalam masa bersaing tuh, segala kreativiti kita dalam memikat prospek juga akan terserlah. Jika dulu kita malu bercakap, kita jadi semakin berani. Jika dulu kita malas, kita jadi semakin rajin. Jika dulu kita asik memberi alasan jika berdepan masalah, kita jadi semakin positif untuk mengatasi setiap masalah. Semuanya semata-mata nak memenangi persaingan sesama Upline & downline. Bukankah itu Persaingan Secara Sihat namanya?

Bagi para upline, memang tidak rugi jika dipraktikkan idea nih. Sebab apa? Andai kata downline anda yang terlebih dulu capai pangkat CM pun, walaupun anda terlewat sket capai CM..tapi anda akan terus menjadi Junior CM. Kena plak kalau dalam masa yang sama 3-4 orang downline anda pun capai pangkat CM (disebabkan persaingan tuh tadi). Silap2 anda leh terus melonjak menjadi Senior CM atau Super CM. So, akhirnya nanti sapa yang menang? Fikir2kanlah..

So, camner? Tak nak try ker idea nih? Bak kata Amy Search..Berbaloi-baloi..kekekekeke..

Selamat Mencuba!

3 Julai 2009 Posted by | Forum, MyMode MYeCASH Prepaid4u, Tips | , , , , , | Tinggalkan Komen

Tips Follow Up Prospek menggunakan SMS

Tahukah anda? Boleh dikatakan lebih 60% dari Agen MyMode tidak Follow Up Prospek mereka. Walaupun kita dibekalkan Web Replika dan Sistem Randomiser AutoDownline seperti Web Prepaid4u ini, sejauh manakah kita Follow Up prospek yang berdaftar Free Member di web Replika kita. Walau sejuta prospek pun yang mendaftar di Web Replika kita, kalau kita tak Follow Up dan yakinkan mereka untuk Join MyMode, boleh dikatakan seperti ‘Menanti Bulan Jatuh ke Riba’(btol ker pepatah nih? hehe!). Jangan tunggu prospek2 tuh bertindak sendiri sebab yang pandai bertindak sendiri tuh tak sampai 0.01% pun. So, kita kena Follow Up dan beri Panduan kepada mereka. Saya yakin lebih 50% yang mendaftar Free Member tuh akan Join MyMode nih jika kita pandai Follow Up.

Okaylah, di sini saya nak berkongsi Tips Cara Follow Up Prospek guna SMS. Ini adalah salah satu cara yang saya gunakan untuk Follow Up Prospek yang mendaftar Free Member selain Follow Up menggunakan Email, Call, dan sebagainya.

Jika ada yang Register Free Member di Web Prepaid4u anda..ni contoh ayat SMS yang anda boleh gunakan..

<prepaid4u> Status keahlian anda msh ‘free member’.
Jd agen MyMode segera utk dptkn RM11 ‘SignUp Bonus’
& mggunakn servis SMS Reload MyMode.-upline-

(saya lebih suka gunakan ayat ‘Sign Up Bonus’ nih untuk modal permulaan RM11 yang kita dapat selepas register jadi agen sebab lebih menarik perhatian daripada ‘Modal Permulaan’. Bukan kita menipu pun, memang diorang akan dapat RM11 tuh kan lepas bayar Yuran Pendaftaran RM65..hehe! )

atau

<prepaid4u> Status keahlian anda masih ‘free member’.
Ingin jd agen MyMode&mggunakn servis MyMode?Reply
YES JOIN MYMODE,jk bminat atau NO JOIN MYMODE,jk tidak.

(Jika ada yang Reply YES tuh, cepat2 ler SMS kan cara pembayarannya plak. Lebih menjimatkan masa dengan menumpukan kepada yang berminat jer. Yang tak berminat tuh, abaikan.)

Jika ada yang response dan tanya camane nak Jadi Agen MyMode, cepat-cepatler anda SMS kan Cara Pembayarannya pulak. Contoh ayat SMS yang boleh anda gunakan..

Byr yuran keahlian MyMode RM65 ke Acc.
Maybank upline:xxxxxxxxxxxx. SMS ke
0123456789,bukti pmbyrn spt jumlh RM,
date,time,location(rujuk resit ATM) & no HP.TQ.

Jika prospek tuh dah SMS Bukti Pembayaran mereka, anda hantar ayat SMS nih plak..

<prepaid4u> TQ.Anda akan didftrkn sbg agen MyMode
sebaik shj pmbyrn yurn keahlian anda disahkn. Hrp bsabar..-upline-

Selepas tuh apalagi? Cepat-cepatler check akaun anda tuh, jika benar dah dibayar maka cepat-cepatler Registerkan prospek tuh. Ingat..jangan biar prospek tuh menunggu lama.

Peringatan : Pastikan anda benar2 telah terima wang yuran pembayaran RM65 tu samada tunai ataupun Bank-in bagi mengelakkan anda ditipu & kerugian..

Baca lagi »

3 Julai 2009 Posted by | Forum, MyMode MYeCASH Prepaid4u, Tips | , , , , , , | Tinggalkan Komen

Teknik Pemasaran Menggunakan Forum

Pernahkah anda berForum? Mungkin anda pernah..tapi pernahkah anda menggunakan Forum seperti Forum Prepaid4u atau forum-forum lain sebagai tempat pemasaran dan sebagai tempat untuk anda membina kredibiliti?

Forum adalah satu tempat perbincangan sesuatu perkara. Ianya juga boleh dipanggil komuniti di mana berkumpulnya ramai orang sehingga membentuk suatu komuniti atau kumpulan.

Penggunaan Forum pada asasnya adalah tempat untuk berbincang sesuatu topik tertentu, berkenalan dan bertukar-tukar maklumat di antara satu sama lain. Jika Forum digunakan dengan betul dan berkesan, ianya amat menguntungkan anda! Di sinilah juga anda dapat membina kredibiliti anda agar dihormati dan dipercayai.

Antara kelebihan pemasaran menggunakan Forum adalah..

- anda tidak perlu mencari prospek, sebaliknya prospek sudah sedia ada. Di Forum, ahli-ahlinya akan masuk secara kerap dalam tempoh yang panjang. Mereka masuk tanpa dipaksa untuk turut serta dalam topik yang diperbincangkan.

- anda juga boleh membina kredibiliti di sini. Jika anda mempunyai kepakaran atau pengetahuan yang lebih dalam sesuatu bidang, Forum sememangnya satu alat yang berkuasa membina kredibiliti anda. Malah lebih berkuasa berbanding blog mahupun laman web. Di forum anda boleh membina kredibiliti dengan hanya berkongsi pengetahuan dan kepakaran anda. Selebihnya tanpa bersusah payah orang ramai akan yakin dan tidak teragak-agak untuk membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

- cepat & percuma. Kebiasaannya tiada kos yang dikenakan untuk menyertainya. Hanya Daftar dan anda boleh terus mula membina kredibiliti anda di sini..juga tanpa sebarang kos.

- boleh bertukar2 pendapat & ilmu pengetahuan. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. Melalui Forum, kita boleh saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dengan bertukar2 pendapat & ilmu pengetahuan. Andai ada sebarang persoalan atau kemusykilan pun, rasanya ramai yang boleh memberi bantuan dan jawapan..

Antara kaedah promosi yang boleh anda gunakan dalam Forum..

- Signature. Signature yang berkesan umpama sebuah ‘magnet’ boleh menarik orang untuk klik tanpa berfikir panjang.

- Avatar yang menarik perhatian. (misalnya avatar awek cun..hehe!)

- Posting yang berkualiti. Ini yang paling penting untuk anda membina kredibiliti melalui Forum. Posting yang berkualiti ini jugalah yang akan menunjukkan samada anda seorang yang berkredibiliti & berpengetahuan sekaligus akan dihormati dan dipercayai oleh ahli forum yang lain.

Okay, Selamat BerForum Semua!

**Ingat! Gunakan Forum dengan betul & beretika. Kita berforum untuk bertukar2 pendapat dan ilmu pengetahuan. Jangan leka berborak sehingga lupa tujuan asal kita berforum iaitu menambah ilmu pengetahuan.

5 Jun 2009 Posted by | Cara Promosi, Forum, Internet Marketing Tools, Review Produk, Tips | , , , , , , | Tinggalkan Komen

Ebook Kuasa Forum

Saudara Smartzul, baru sahaja melancarkan ebook terbaru beliau yang berjudul “Kuasa Forum”. Ebook ini membongkarkan teknik bagaimana membuat pemasaran yang berkesan di forum.

Terdapat 5 bab di dalam ebook ini, bermula dari pengenalan asas tentang pemasaran di forum, kemudian, bab membina kredibiliti, dan seterusnya bab melakukan promosi yang berkesan di forum. Turut di tunjukkan di dalam ebook ini ialah tentang bagaimana mendapatkan rakan JV di dalam forum.

Apa yang lebih menarik, di dalam ebook ini juga turut di selitkan 2 case study mengenai kejayaan individu yang melakukan pemasaran di forum.

Bagi yang anda berminat, boleh dapatkan ebook ini pada harga promosi, iaitu pada RM37. Selepas 6 Mei, harganya akan menjadi RM47.

Dapatkan ia segera di http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=myecash

12 Mei 2009 Posted by | Perniagaan Internet, Review Produk | , , , | Tinggalkan Komen

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.