Teknik Promosi Menggunakan Blog, Anda tahu? Bagaimana?
Tips by solehpolysas (Forum Prepaid4u)
Kaedah mempromosikan menggunakan blog.
Sekarang ni memang dah ramai yang tau membuat blog. Itu tidak perlu dikatakan lagi.
Tetapi yang saya ingin tekankan disini adalah pengguaan blog sebagai medium promosi bisnes anda.
Okey, jika kita ada blog, tidak kiralah bisnes atau peribadi, saya paling tidak suka jika blog tersebut asik menceritakan mengenai bisnes sahaja (promosi xhabis-habis)..
Didalam blog ini sebenarnya kita hendak berkongsi ilmu, meluahkan perasaan, berikan pendapat dan sebagainya. Disamping kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat ini, barulah kita promosikan sedikit demi sedikit tentang bisnes kita.
Sebagai contoh, anda mahu mempromosikan tentang prepaid (mymode).
Cuba anda buat 1 blog, tentang apa sahaja yang sedang hangat sekarang ini.
sebagai contoh isu politik. Didalam blog anda, anda ceritalah tentang politik ini..
biar panas sikit blog anda tu.. Meletop lagi bagus..
Apabila dah banyak bercerita mengenai isu panas ni,
anda selitkanlah dengan sedikit iklan mengenai bisnes anda.
bukankah ini lebih baik..
okey tengok contoh xbaik ni pulak, (bukan xbaik, tp xberkesan)
anda buat blog, kemudian didalam blog anda itu hanya menceritakan kelebihan mymode,
untung anda, dan sebagainya mengenai bisnes anda.
okey, fikirkan sejenak,
adakah ramai yang akan datang ke blog anda?
jika mereka datang, mereka mencari apa di blog anda?
Untuk pengetahuan anda semua, pelawat datang bukan nak join bisnes anda.. lebih-lebih lagi anda promosi secara online, mereka boleh percayakan anda ker? Mereka tidak kenal anda langsung..
Jadi jangan buat sebegini..
Cara terbaiknya anda bina kredibiliti anda dahulu, buat orang percaya kepada anda dan selepas mereka percaya kepada anda, anda mempunyai kuasa besar untuk membuat sebarang promosi bisnes dan sebagainya.
itu sahaja buat masa ini.. harap membantu..
Baca lagi »
Hai, nama saya Fauzie Jasmani. Saya mewujudkan blog ini hanyalah semata-mata ingin berkongsikan informasi mengenai perniagaan internet yang semakin hangat kini. Blog ini juga bukan sahaja mengandungi tips-tips mengenai Perniagaan Internet, malah termasuk Peralatan Pemasaran Internet, Review Produk2 digital dan bermacam-macam lagi daripada ‘Internet Marketer’ Tempatan mahupun luar negara. Diharap, informasi yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada kita semua.



















