Mymobilecash’s Blog

sumber informasi perniagaan internet anda..

Anda kena berenang untuk buat duit di internet….

Artikel ini adalah artikel lanjutan daripada artikel saya sebelum ini. Jika anda baru saja menjadi subscribers saya, pada minggu lepas saya telah menerangkan bahawa TIADA RAHSIA untuk anda buat duit di internet.

Jangan mudah terpengaruh dengan kenyataan, laman weblaman web yang menjanjikan rahsia buat duit di internet lebih – lebih lagi web yang menunjukkan screen shot transaksi beribu – ribu ringgit / USD. Anda BOLEH mencapai tahap tersebut tetapi cabarannya adalah besar.

Perkara yang menjadi kunci utama untuk buat duit di internet adalah anda perlu BELAJAR dan KUASAI bagaimana untuk melakukan pemasaran secara online.

Internet adalah merupakan satu bentuk medium sahaja. Medium ini umpama sebuah LAUT dalam yang perlu diharungi.

Jika anda merupakan orang baru yang ingin buat duit di internet, anda adalah umpama seorang perenang yang sedang berenang merentasi lautan dalam dan sedang tercari- cari “TANAH IDAMAN” yang ingin anda miliki.

Berenang di lautan bukanlah perkara yang mudah. Anda mungkin akan dikejar jerung malah besar kemungkinan akan digigitnya!

Anda juga mungkin akan keletihan dan akan kelemasan. Akhirnya anda akan tenggelam ke dasar lautan selama- lamanya.

Walaubagaimanapun, jika anda kuat dan mempunyai semangat yang tinggi, anda mungkin akan menjumpai TANAH / PULAU untuk anda takluki.

Sama juga dengan konsep buat duit di internet.

Lautan dalam adalah merujuk kepada betapa luas dan besarnya medium internet ini.

Jerung pula adalah merujuk kepada mereka – mereka yang menawarkan pelbagai tawaran dan promosi “hype” kepada anda.

Tanah/Pulau adalah merupakan penguasaan yang anda bakal kecapi.. Sama ada tanah tersebut besar atau kecil, itu terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

Pendek kata, dalam perjalanan untuk mencapai cita – cita anda iaitu membina empayar perniagaan menerusi internet, buat duit menerusi internet, anda akan berjumpa dengan pelbagai rintangan.

Anda mungkin akan berhabis banyak wang demi mencapai apa yang dihajati. Nasib tidak baik, anda akan digigit oleh jerung (tertipu) dengan golongan – golongan yang mengambil kesempatan.

Ada beberapa email responsive yang saya terima daripada para pelanggan saya, mereka menyatakan mereka tertipu dan telah berhabis wang untuk membeli segala macam panduan “RAHSIA” tetapi akhirnya satu pun tidak mendatangkan hasil.

Apa yang dapat saya katakan, ini adalah perkara biasa. SEMUA orang akan menghadapinya termasuk saya sendiri.

Kadang kala kita sebenarnya perlu tanya pada diri kita sendiri.

Adakah sebenarnya panduan tersebut tidak berguna atau kita sendiri tidak menggunakan panduan tersebut dengan sebaiknya?

Saya yakin ramai pihak yang membeli 3 – 4 panduan “RAHSIAbuat duit tetapi akhirnya mendapati panduan tersebut “hampir” sama.

Adakah kita tertipu? atau sebenarnya kita yang sebenarnya menipu diri sendiri bahawa “wujud” satu jalan singkat untuk menjana wang di internet? :)

Saya yakin anda tahu jawapannya.

Sebagai kesimpulan, antara perkara yang perlu anda lakukan untuk memulakan perniagaan di internet adalah:

1. Anda perlu menetapkan minda yang betul iaitu buat duit di
internet
bukanlah mudah. Ia memerlukan banyak usaha dan perkara
yang perlu di tawan.

2. Kuasai 1 – 2 perkara sahaja terlebih dahulu dalam 1 masa. Elakkan daripada ingin mencuba pelbagai macam strategi atau Rahsia.

3. Cuba perkara tersebut dengan bersungguh dan bukannya sekadar
melepaskan batuk di tangga dan mudah fed-up.

4. Setiap perkara yang diterokai harus diberikan masa untuk
melihat hasilnya
. Pada saya, ambil masa dalam tempoh 3 bulan untuk melakukan testing dan analisis. Kebanyakan orang baru beranggapan jika hari ni buat sesuatu, esok akan ada hasilnya… Sebagai contoh hari ni buat laman web, esok dah ada jualan…Oh tidak!

5. Selepas berpuas hati atau telahpun menguasai perkara tersebut, barulah kembangkan lagi atau explore lagi perkara – perkara baru.

Pada artikel yang akan datang, saya akan kongsikan pula tentang
apakah perkara – perkara yang perlu anda kuasai untuk menjadi
seorang usahawan internet. :)

Jumpa lagi!

ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.mohdamirol.com

15 Mei 2009 Posted by | Tips | , | Tinggalkan Komen

Jangan percaya kenyataan buat duit segera..

Saban hari saya menerima pelbagai macam bentuk email; ada yang mengajak JV, ada yang bertanyakan soalan – soalan teknikal, ada yang bertanyakan tentang kesahihan laman – laman web tertentu dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, soalan yang PALING kerap saya terima adalah:

“Boleh tak saudara ajar saya macam mana nak buat duit dengan SEGERA di internet?”



Anda mungkin dah terdedah dengan pelbagai cerita, berita, informasi yang mengatakan adalah MUDAH untuk buat duit di internet

Dengan kebanyakan laman web – laman web yang menunjukkan pendapatan RIBU – RIBU setiap hari, screen shot transaksi akaun bank, PayPal, Clickbank etc… membuatkan ramai pengguna internet berasa TERUJA dengan tawaran pada laman web tersebut.

Apatah lagi apabila kebanyakan pemilik web jualan tersebut memberitahu bahawa tawaran yang mereka berikan adalah “RAHSIA” yang kononnya mampu membantu anda menjana pendapatan di internet

Jadi, sebagai pengguna yang sedang tercari – cari “macam mana nak buat duit” menerusi internet, kebanyakan mereka akan lebih terdorong untuk memiliki dan mencuba tawaran yang diberikan.

Sekarang, mari kita hadapi KENYATAAN yang sebenarnya…

Adakah mudah untuk buat duit di internet? Jawapannya adalah TIDAK.

Fikirkan kembali logiknya… Jika benarlah nak buat duit di internet ini mudah, saya percaya ramai yang akan berhenti kerja, mengadap komputer dan “kaut” duit dari internet…

Sedar atau tidak, kehidupan kita ini memerlukan USAHA TANPA LELAH untuk kita capai sesuatu.

Jika malas berusaha, bagaimana kita nak capai apa yang kita hajati.

Oleh itu, saranan saya adalah anda perlu tetapkan minda yang betul terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam industri ini.

Sebenarnya tak ada “RAHSIA” untuk menjana pendapatan menerusi internet.

Tahukah anda bahawa perkara yang paling UTAMA yang akan menentukan sama ada anda akan berjaya menjana pendapatan di internet ataupun tidak adalah:

KEBERKESANAN KEMAHIRAN & STRATEGI MELAKUKAN PEMASARAN SECARA ONLINE

Ya… Inilah sebenarnya yang kononnya menjadi “RAHSIA” kepada kebanyakan mereka yang mampu menjana pendapatan di internet.

Jika anda mampu menguasai “BAGAIMANA” untuk melakukan pemasaran di internet, maka dengan mudah anda boleh buat duit di internet.

Tetapi untuk mencapai kemahiran ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia merangkumi pelbagai aspek bermula daripada bagaimana untuk melakukan kajian pasaran, pemilihan pasaran yang menguntungkan,
bagaimana nak bina laman web yang betul, di mana nak beriklan dengan berkesan, macam mana nak menghasilan penulisan (copywriting) yang efektif sehingga membuatkan pelawat web berminat dengan tawaran anda dan pelbagai macam perkara lagi termasuk perihal teknikal.

Terdapat banyak cabang pasaran di internet yang boleh diceburi, tetapi tanya diri anda terlebih dahulu… Sudahkah anda bersedia untuk menempuh sebarang kemungkinan dalam perjalanan anda dalam industri ini?

Pada artikel yang seterusnya, saya akan kongsikan pula antara
cabaran – cabaran yang perlu anda tempuhi.

Jumpa lagi!

ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.mohdamirol.com

15 Mei 2009 Posted by | Tips | , , | Tinggalkan Komen

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.