Perniagaan Internet
Dengan keadaan sekarang iaitu zaman ekonomi yang tidak stabil ini, saya pasti ramai yang dibuang kerja. Fenomena ini bukan saja berlaku dalam negara kita, malah turut terjadi di seluruh dunia. Dan ini membuatkan peluang pekerjaan semakin berkurangan dan juga semakin ramai yang akan hidup susah kerana bergantung semata-mata terhadap kerja yang ada yang disediakan.
Ada yang mula mencari-cari peluang dalam perniagaan sampingan seperti jual burger, goreng pisang, nasi lemak dan tak lupa juga MLM. Tapi sebenarnya, ramai yang masih tidak mengetahui terdapat lubuk emas kepada mereka yang berniaga, iaitu di internet.
Menariknya, anda tidak perlukan modal beribu-ribu, tidak perlu beratur panjang untuk daftarkan perniagaan anda, tak perlu cari rakan kongsi. Apa yang anda perlukan hanyalah ilmu dan jalan sebenar untuk betul-betul buat duit di internet.
Sebenarnya ianya sama sahaja seperti perniagaan di luar sana di mana perniagaan di internet ada juga untung dan ruginya. Cuma, perniagaan di internet memerlukan modal yang sangat sedikit sehinggakan seseorang yang hanya cukup-cukup saja modalnyanya juga mampu memulakan perniagaan ini. Malah, ada yang memulakannya tanpa modal langsung.
Anda harus ingat, bahawa perniagaan di internet turut menuntut kesabaran, dan anda perlu yakin bahawa ia tetap ada risiko walaupun kecil dan ia tetap ada untung ruginya. Selain tu, ia turut menuntut pelaburan atau investment sama seperti perniagaan yang anda biasa lihat.
Tiada komen.
Hai, nama saya Fauzie Jasmani. Saya mewujudkan blog ini hanyalah semata-mata ingin berkongsikan informasi mengenai perniagaan internet yang semakin hangat kini. Blog ini juga bukan sahaja mengandungi tips-tips mengenai Perniagaan Internet, malah termasuk Peralatan Pemasaran Internet, Review Produk2 digital dan bermacam-macam lagi daripada ‘Internet Marketer’ Tempatan mahupun luar negara. Diharap, informasi yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada kita semua.



















